Program melihat mencerap anak bulan Syawal 2019 1440H
Melihat anak bulan merupakan salah satu aktiviti pencerapan astronomi yang berpanjangan. Rekod sejarah kajian kenampakan anak bulan, menunjukkan bagaimana ahli-ahli falak Islam sejak zaman dahulu telah menetapkan kriteria atau syarat kenampakan anak bulan berdasarkan kajian yang mereka jalankan dari semasa ke semasa.
Secara umum, umat Islam di Malaysia akan menerima makluman awal tarikh 1 Syawal pada setiap tahun berdasarkan takwim rasmi yang dikeluarkan oleh Panel Pakal Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Berdasarkan maklumat dalam Tarikh-Tarikh Penting Islam Tahun 2019 / 1440 – 1441H bagi Malaysia sepertimana yang dikeluarkan oleh Panel Pakar Falak (PPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan bahawa 1 Syawal 1440 Hijrah adalah bersamaan 5 Jun 2019 Masihi.
Sebagai makluman, tarikh hari raya puasa (Aidilfitri) tahun 2019 di Malaysia akan dimuktamadkan melalui pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan diumumkan pada malam selepas mencerap anak bulan Syawal
Apabila pengisytiharan tarikh hari raya puasa bersamaan dengan apa yang tercatat pada takwim rasmi yang dikeluarkan itu, ia menunjukkan takwim hijri yang digunakan di Malaysia semakin berkesan kerana keputusan melihat anak bulan bersamaan dengan penetapan tarikh takwim.
Dari segi pelaksanaannya pula, kaedah rukyah dan hisab dengan syarat Imkanur-Rukyah saling memenuhi keperluan antara satu sama lain.
Lokasi Dan Tarikh Mencerap Anak Bulan Syawal Tahun Ini 2019M – 1440H
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan bahawa tarikh program mencerap anak bulan Syawal bagi penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini (2019) adalah pada 29 Ramadhan 1440 Hijrah bersamaan 3 Jun 2019 Masihi
Selain itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh hari raya puasa (Aidilfitri) adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh hari raya puasa melalui radio dan televisyen.
TARIKH MENCERAP ANAK BULAN SYAWAL TAHUN 2019-1440H | |
Tarikh | Waktu |
3 Jun 2019 | Lewat Petang |
LOKASI / TEMPAT MENCERAP ANAK BULAN SYAWAL TAHUN INI 2019-1440H SELURUH NEGERI | |
Negeri | Lokasi-Lokasi |
![]() | Kuala Sungai Baru, Simpang Empat |
![]() | Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda |
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi | |
Menara Alor Setar, Alor Setar | |
![]() | Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh |
![]() | Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong |
![]() | Menara Kuala Lumpur |
![]() | Bukit Melawati |
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat | |
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam | |
![]() | Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya |
![]() | Telok Kemang, Port Dickson |
![]() | Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara |
![]() | Pontian Kecil |
![]() | Bukit Tanjong Batu, Nenasi |
Gunung Berincang, Cameron Highlands | |
Bukit Pelindung, Kuantan | |
![]() | Bukit Besar, Kuala Terengganu |
Bukit Geliga, Kemaman | |
Pulau Perhentian, Besut | |
Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu | |
![]() | Bukit Peraksi, Pasir Putih |
Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai | |
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu | |
![]() | Tanjung Lubang, Miri |
Teluk Bandung, Kuching | |
Tanjung Batu, Bintulu | |
![]() | Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan |
![]() | Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan |