Program melihat mencerap anak bulan Syawal 2019 1440H

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 7 Mei 2019 jam 03:18 AM

mencerap anak bulan syawal

Melihat anak bulan merupakan salah satu aktiviti pencerapan astronomi yang berpanjangan. Rekod sejarah kajian kenampakan anak bulan, menunjukkan bagaimana ahli-ahli falak Islam sejak zaman dahulu telah menetapkan kriteria atau syarat kenampakan anak bulan berdasarkan kajian yang mereka jalankan dari semasa ke semasa.

Secara umum, umat Islam di Malaysia akan menerima makluman awal tarikh 1 Syawal pada setiap tahun berdasarkan takwim rasmi yang dikeluarkan oleh Panel Pakal Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berdasarkan maklumat dalam Tarikh-Tarikh Penting Islam Tahun 2019 / 1440 – 1441H bagi Malaysia sepertimana yang dikeluarkan oleh Panel Pakar Falak (PPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan bahawa 1 Syawal 1440 Hijrah adalah bersamaan 5 Jun 2019 Masihi.

Sebagai makluman, tarikh hari raya puasa (Aidilfitri) tahun 2019 di Malaysia akan dimuktamadkan melalui pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan diumumkan pada malam selepas mencerap anak bulan Syawal

Apabila pengisytiharan tarikh hari raya puasa bersamaan dengan apa yang tercatat pada takwim rasmi yang dikeluarkan itu, ia menunjukkan takwim hijri yang digunakan di Malaysia semakin berkesan kerana keputusan melihat anak bulan bersamaan dengan penetapan tarikh takwim.

Dari segi pelaksanaannya pula, kaedah rukyah dan hisab dengan syarat Imkanur-Rukyah saling memenuhi keperluan antara satu sama lain.

Lokasi Dan Tarikh Mencerap Anak Bulan Syawal Tahun Ini 2019M – 1440H

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan bahawa tarikh program mencerap anak bulan Syawal bagi penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini (2019) adalah pada 29 Ramadhan 1440 Hijrah bersamaan 3 Jun 2019 Masihi

Selain itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh hari raya puasa (Aidilfitri) adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh hari raya puasa melalui radio dan televisyen.

TARIKH MENCERAP ANAK BULAN SYAWAL TAHUN 2019-1440H
TarikhWaktu
3 Jun 2019Lewat Petang
LOKASI / TEMPAT MENCERAP ANAK BULAN SYAWAL TAHUN INI 2019-1440H SELURUH NEGERI
NegeriLokasi-Lokasi
negeri perlis PerlisKuala Sungai Baru, Simpang Empat
negeri kedah KedahKampung Pulau Sayak, Kuala Muda
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
Menara Alor Setar, Alor Setar
negeri penang Pulau PinangPusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
negeri perak PerakPantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
wp kuala lumpur Kuala LumpurMenara Kuala Lumpur
negeri selangor SelangorBukit Melawati
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
wp putrajaya PutrajayaPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
n sembilan Negeri SembilanTelok Kemang, Port Dickson
negeri melaka MelakaKompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
negeri johor JohorPontian Kecil
negeri pahang PahangBukit Tanjong Batu, Nenasi
Gunung Berincang, Cameron Highlands
Bukit Pelindung, Kuantan
negeri terengganu TerengganuBukit Besar, Kuala Terengganu
Bukit Geliga, Kemaman
Pulau Perhentian, Besut
Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu
negeri kelantan KelantanBukit Peraksi, Pasir Putih
Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu
negeri sarawak SarawakTanjung Lubang, Miri
Teluk Bandung, Kuching
Tanjung Batu, Bintulu
negeri sabah SabahBalai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
wp labuan LabuanTingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan