Siaran langsung ABPBH 32 Anugerah Bintang Popular BH 2019

live abpbh 2019

Malam kemuncak anugerah berprestij dalam dunia hiburan tanah air iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2019 bagi edisi 32 akan disiarkan secara siaran langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari Ahad, 22 September 2019 bermula jam 9 malam.

Bagi tahun 2019 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 32) membawakan tema ‘Melangkaui Sempadan’ yang dilihat menepati objektif BH itu sendiri bagi membuktikan muzik mampu menjadi alat penyatuan antara kaum dan masyarakat dunia selain memastikan legasi acara anugerah berprestij ini terus terpelihara serta lebih gemilang setiap tahun selain ianya bertetapan dengan kematangan ABPBH.

Tema yang diperkenalkan selaras dengan matlamat ABPBH dalam setiap penganjurannya untuk memastikan mesej bermanfaat disalurkan kepada khalayak ramai.

ABPBH terus utuh sebagai anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia. Rekod ini secara tidak langsung membuktikan hubungan erat antara artis, peminat dan media.

ABPBH merupakan sebuah acara penganugerahan sememangnya dinantikan oleh selebriti dan peminat saban tahun yang sarat dengan pengisian tidak terkecuali mesej penting.

Dalam pada itu,  Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein sebagai pengacara, ABPBH 32 turut menyaksikan gabungan penyanyi legenda serta bakat baharu menyerikan slot persembahan.

Paling dinantikan adalah pentas ABPBH 32 yang akan dihangatkan dengan persembahan Aishah, Liza Hanim, Zizan Razak, Ismail Izzani, Zamaera, SonaOne, Alif, Ernie Zakri dan Idayu selain tidak ketinggalan, Ariff Bahran, Andi Bernadee, Hazama, Black, Akim Ahmad, De Fam, Stacy dan Sufian Suhaimi yang juga turut membuat persembahan.

ABPBH 32 juga diserikan segmen karpet merah yang akan disiarkan menerusi TV9, Iannya menggandingkan Hefny Sahad dan Ain Edruce bagi menghangatkan lagi liputan eksklusif dari lokasi acara.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH 2019) mempertandingkan 13 kategori utama, selain dua kategori baharu, Artis Korea Popular dan Artis Indonesia Popular.

Turut dipertandingkan adalah lima kategori ‘Online’, iaitu Artis Sensasi Popular, Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Watak Antagonis Popular dan Lagu Paling Boom.

ABPBH turut memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada anak seni menerusi kategori khas, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

LIVE STREAMING ABPBH 2019 SIARAN LANGSUNG ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 32

Malam kemuncak ABPBH 32 akan disiarkan secara siaran langsung (live) di TV3 bermula jam 9:00 malam selain boleh ditonton secara global live streaming di laman web rasmi ABPBH yang turut menyiarkan acara karpet merah pada jam 7:30 malam.

VIDEO LANGSUNG LIVE ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2019 ABPBH 32
Close