Siaran langsung keputusan AJL 34 Anugerah Juara Lagu 2020

Bahang kemuncak Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) dijadual berlangsung pada hari Ahad, 3 Februari 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil kini semakin dirasai selepas senarai 12 lagu yang layak bersaing di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) telah diumumkan.

Senarai lagu finalis tersebut diumumkan pada minggu ketiga pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik 33 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) kali ini menyaksikan tidak banyak artis baharu yang mendominasi pentas akhir AJL berbanding tahun sebelumnya (AJL32).

Menjadi perhatian peminat adalah, tiga karya ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong, masing-masing berjudul Hajat, Haram dan Nisan Cinta antara 12 lagu layak bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33).

Jika Hajat dinyanyikan sendiri secara solo oleh Hael, Haram pula adalah lagu duetnya bersama Dayang Nurfaizah, manakala Nisan Cinta yang dicipta mereka bersama Mike Chan menyaksikan paduan suara Siti Nordiana dan Jaclyn Victor.

Sebagai info, Hael dan Ezra ialah pemenang AJL 32 menerusi lagu Jampi.

Program separuh akhir rancangan hiburan popular Separuh Akhir Muzik Muzik 33 selama tiga minggu berturut-turut, bermula 22 November lalu, menyaksikan 30 lagu berentap merebut tempat ke AJL 33.

Karya pada peringkat separuh akhir dinilai oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Mokhzani Ismail selaku Ketua Juri, Helen Yap, Edrie Hashim, Ajai, Azmeer, Lok U dan Cat Farish.

Dihoskan oleh Haziq Hussni dan Sherry Alhadad, rancangan berkenaan turut disiarkan secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my) dan youtube TV3Malaysia.

KEPUTUSAN JUARA DAN LIVE STREAMING AJL 33 ANUGERAH JUARA LAGU

Berikut adalah senarai finalis bersama lagu mereka yang layak ke pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) yang akan berlangsung pada 3 Februari 2019.

12 LAGU FINALIS AJL33
Bil Penyanyi Judul Lagu
1 Siti Sarah Semakin
2 Ara Johari Bunga
3 Syamel Kau Pun Sama
4 Misha Omar Sampai Bila
5 Hael Husaini & Dayang Haram
6 Khai Bahar Luluh
7 Altimet Bunga
8 Haqiem Rusli ft Aman RA Jatuh Bangun
9 Amylea X Kaer Tak Pernah Hilang
10 Hael Husaini Hajat
11 Sufian Suhaimi Di Matamu
12 Siti Nordiana & Jaclyn Victor Nisan Cinta
VIDEO PENUH ANUGERAH JUARA LAGU AJL 33
KEDUDUKAN PEMENANG DAN JUARA AJL 33 ANUGERAH JUARA LAGU
KEDUDUKAN / KATEGORI PEMENANG LAGU HADIAH
Juara AJL33 Hael Husaini & Dayang Haram RM50,000
Naib Juara Ara Johari Bunga RM35,000
Ke-3 Misha Omar Sampai Bila RM20,000
Vokal Terbaik Misha Omar Sampai Bila RM12,000
Persembahan Terbaik Sufian Suhaimi Di Matamu RM12,000
Close