Siaran langsung Anugerah Skrin ASK 2019 TV3

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Disember 2018 jam 10:56 AM

Anugerah Skrin bagi tahun 2018 (ASK 2018) diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan menyaksikan sebanyak 30 kategori yang merangkumi 14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal dipertandingkan.

Pada malam kemuncak ASK2018 bakal menyaksikan pemenang daripada 24 kategori utama diumumkan sementara pemenang enam lagi kategori iaitu bukan drama akan diumumkan dalam slot istimewa menerusi siaran langsung Melodi ASK 2018 pada Ahad, 28 Oktober 2018 bermula 12 tengah hari.

Kategori baharu yang julung kalinya diperkenalkan dalam Anugerah Skrin ialah bawah kategori drama iaitu drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Rantaian.

Anugerah Skrin 2018 menampilkan kelainan iaitu tanpa kehadiran hos utama, sebaliknya dikendalikan oleh 12 penyampai anugerah antaranya Ayda Jebat, Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari dan ramai lagi.

Malam penuh gilang gemilang itu akan turut dimeriahkan dengan persembahan gabungan oleh Wany Hasrita, Ernie Zakri dan Shiha untuk segmen ‘tribute’ kepada Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain, Jaclyn Victor, Elvira, Altimet dan ramai lagi.

Selaras dengan objektif penganjurannya sejak tahun 1994, Anugerah Skrin 2018 meneruskan usaha untuk memartabatkan industri seni dengan memberi pengiktirafan kepada para karyawan dan penggiat seni tanah air.

Selain TV3, ntv7, TV9 dan 8TV yang bernaung di bawah rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 selaku penganjur turut mengundang dan membuka ruang kepada rakan penyiar lain seperti RTM, ASTRO, TV Al-Hijrah, HyppTV dan Bernama untuk menyertai Anugerah Skrin 2018 ini.

SIARAN LANGSUNG / LIVE STREAMING ASK 2018 TV3
Anugerah Skrin 2018 diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari Jumaat, 2 November 2018 bermula jam 9:00 malam serta turut disiarkan secara siaran langsung di TV3.