Permohonan tingkatan 1 dan 4 MRSM 2020 Maktab Rendah Sains MARA

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 7 September 2019 jam 10:31 PM

permohonan online mrsm

Sistem pendidikan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) telah dirangka agar kecemerlangan yang dicapai oleh para pelajar bersifat holistik dalam melahirkan modal insan berilmu serta menghasilkan pemimpin yang berpotensi tinggi.

Maj­lis Amanah Rakyat (MARA) sentiasa memastikan sistem pendidikan di MRSM adalah yang terkini dan selaras dengan peredaran semasa, seiring dengan kehendak dalam memacu kemajuan negara.

Strategi pendidikan MRSM menekankan kepada empat domain berbeza yang te­lah dirangka iaitu pembangunan kurikulum, pembangunan pelajar, pembangunan profesionalis­me, pembangunan fasiliti dan perkhidmatan.

Ianya selaras dengan penekanan dalam bidang sains, teknologi, kerohanian, kejuruteraan, kesenian dan matematik atau STREAM.

Keberkesanan sistem pendidikan MRSM telah terbukti dengan melahirkan golo­ngan cerdik pandai hasil daripada sistem pembelajaran tersebut.

Permohonan Online Kemasukan Ke MRSM 2020 Tingkatan 1 Dan 4

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa calon-calon berpontesi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi pengambilan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun 2020.

Mekanisme permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tingkatan 1 (Form 1) dan Tingkatan 4 (Form 4) adalah secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman web sistem permohonan yang akan dibuka kepada pemohon pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA).

TARIKH SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM TAHUN 2020 TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4
DibukaDitutup
8 September 201930 November 2019
InfoTarikh yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan Bahagian Pendidikan Menengah, Majlis Amanah Rakyat (MARA).
MAKLUMAT RASMI DAN LENGKAP PERMOHONAN KEMASUKAN KE MRSM 2020 BAGI TINGKATAN 1 DAN 4
Maklumat lengkap membabitkan syarat kelayakan dan program MRSM yang ditawarkan untuk tingkatan 1 dan 4 bagi tahun 2020, sila layari judul pautan di bawah
Buka Pautan Maklumat Permohonan Secara Online Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 Dan 4 Tahun 2020 – ewarta.mara.gov.my