Permohonan tingkatan 1 dan 4 SBP 2020 Sekolah Berasrama Penuh KPM

permohonan sbp

Sekolah Berasrama Penuh dibangun untuk melahirkan pelajar yang cemerlang daripada segi akademik, jasmani dan rohani. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, proaktif serta mempunyai disiplin yang tinggi.

Antara objektif utama Kementerian Pendidikan Malaysia membina SBP adalah memberi peluang kepada pelajar cemerlang dari luar bandar merasai suasana pembelajaran lebih selesa.

Guru-guru dan kualiti pembelajaran yang baik dapat membantu pelajar-pelajar ini dalam mencapai cita-cita mereka. Jadual seharian yang ditetapkan oleh pihak sekolah dapat membantu mendisiplinkan pelajar dalam aktiviti seharian mereka. Selain itu ia juga dapat melahirkan pelajar yang berdikari dan mempunyai asas kendiri yang teguh.

Meskipun banyak kelebihan yang diperoleh daripada sekolah asrama penuh, beberapa faktor perlu dikaji sebelum ibu bapa atau pelajar itu membuat keputusan untuk ke sekolah berasrama penuh.

Sekolah berasrama penuh mendatangkan banyak kebaikan bukan sahaja dalam melahirkan pelajar yang mempunyai akademik yang cemerlang, tetapi juga untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bersedia mendepani cabaran mendatang.

Golongan ini diharap mampu menjadi pemimpin di masa hadapan dan menjadi contoh yang baik untuk diikuti. Namun begitu, jika tidak terpilih, ibu bapa dan remaja tidak seharusnya berasa kecewa dan berasa rendah diri dengan rakan-rakan yang berjaya ke sekolah asrama penuh. Usaha mempertingkatkan diri harus sentiasa berjalan walau di mana sekalipun kita berada.

Permohonan Kemasukan SBP Tahun 2020 Tingkatan 1 Dan 4 Secara Online

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon-calon berpontesi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi pengambilan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun 2020.

Mekanisme permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 (Form 1) dan Tingkatan 4 (Form 4) adalah secara dalam talian (online) sepenuhnya melalui laman web sistem permohonan yang dibuka kepada pemohon pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

KRITERIA ASAS PELAJAR YANG LAYAK MEMOHON
tick Pelajar Tahun Enam 2019 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan.
tick Pelajar Tingkatan Tiga 2019 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN SBP 2020 TINGKATAN 1
Dibuka Ditutup
27 Ogos 2019 27 September 2019
InfoTarikh yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
MAKLUMAT PERMOHONAN KEMASUKAN SBP 2020 TINGKATAN 1
Pelajar Tahun Enam 2019 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan yang mahu membuat permohonan kemasukan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (KPM) bagi tingkatan 1 ambilan tahun 2020 hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan / pemilihan seperti berikut.
1. Warganegara Malaysia.
2. Bersekolah Kebangsaan (SK).
3. Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP.
4. Cemerlang akademik.
5. Aktif dalam kokurikulum.
SISTEM APLIKASI PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN SBP 2020 TINGKATAN 1
Pemohon boleh memohon sebelum keputusan UPSR 2019 diumumkan keluar. Permohonan boleh dibuat melalui laman web sistem permohonan dalam talian (online) ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh KPM di pautan berikut.
Buka Pautan https://sst1.moe.gov.my/
perhatian Sistem aplikasi permohonan SBP secara dalam talian (online) bagi kemasukan ke Tingkatan 1 ambilan tahun 2020 hanya akan dibuka (diaktifkan) pada tarikh yang akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
PANDUAN DAN MAKLUMAT BERKAITAN PERMOHONAN SBP TINGKATAN 1
Buka Pautan Panduan Permohonan SBP Tingkatan 1 Secara Online
Buka Pautan Info SBP | Pakej Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Bagi Tingkatan 1
Buka Pautan Info SBP | Aliran SBP Tingkatan 1 Dan Laman Web Sekolah
Buka Pautan Soalan-Soalan Lazim | Pengambilan Pelajar SBP

 

TARIKH PERMOHONAN KEMASUKAN SBP 2020 TINGKATAN 4
Dibuka Ditutup
27 Ogos 2019 27 September 2019
InfoTarikh yang dinyatakan adalah tepat sepertimana yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
MAKLUMAT PERMOHONAN KEMASUKAN SBP 2020 TINGKATAN 4
Pelajar Tingkatan Tiga 2019 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan yang mahu membuat permohonan kemasukan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (KPM) bagi tingkatan 4 ambilan tahun 2020 hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan / pemilihan seperti berikut.
1. Warganegara Malaysia.
2. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
3. Cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
4. Lulus saringan / temuduga (hanya di KISAS).
5. Aktif dalam kokurikulum.
SISTEM APLIKASI PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN SBP 2020 TINGKATAN 4
Pemohon boleh memohon sebelum keputusan PT3 2019 diumumkan keluar. Permohonan boleh dibuat melalui laman web sistem permohonan dalam talian ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh KPM di pautan berikut:
Buka Pautan https://sst4.moe.gov.my/
perhatian Sistem aplikasi permohonan SBP secara dalam talian (online) bagi kemasukan ke Tingkatan 4 ambilan tahun 2020 hanya akan dibuka pada tarikh yang akan diumum oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
PANDUAN DAN MAKLUMAT BERKAITAN PERMOHONAN SBP TINGKATAN 4
Buka Pautan Panduan Permohonan SBP Tingkatan 4 Secara Online
Buka Pautan Info SBP | Pakej Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Bagi Tingkatan 4
Buka Pautan Info SBP | Aliran SBP Tingkatan 4 Dan Laman Web Sekolah
Buka Pautan Soalan-Soalan Lazim | Pengambilan Pelajar SBP
Close