Permohonan Sekolah Kawalan 2020 tingkatan 1 SMKA SABK KAA RKN KRK

permohonan sekolah kawalan

Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang cemerlang. Keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu elemen penting dalam merealisasikan matlamat sekolah.

Sekolah Kawalan Menengah adalah terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Kelas Aliran Agama (KAA), Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN) dan Kelas Rancangan Khas (KRK).

Cara Buat Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Kawalan 2020

Bermula tahun 2018, tiada lagi permohonan ke Sekolah Kawalan Menengah secara dalam talian (online).

Berikutan daripada itu, bagi kemasukan tahun 2020, Ibu bapa atau Penjaga perlu membuat permohonan untuk anda jagaan mereka (murid tahun 6) melalui borang manual di sekolah rendah anak / jagaan masing-masing.

Borang manual permohonan Sekolah Kawalan Menengah Tingkatan 1 ambilan tahun 2020 tersebut akan diedarkan oleh pihak sekolah kepada murid-murid darjah 6 yang layak.

INFO PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH KAWALAN 2020 TINGKATAN 1
1. Berdasarkan pengetahuan penulis, Borang permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tingkatan 1 ambilan tahun 2020 akan diedarkan oleh pihak sekolah bermula pada pertengahan bulan September, awal Oktober atau selepas keputusan UPSR 2019 diumumkan secara rasmi.
2. Borang permohonan akan diedarkan melalui sekolah masing-masing dan pengisian maklumat dalam borang permohonan Sekolah Kawalan 2020 boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga.
3. Sebagai maklumat tambahan, tarikh borang permohonan dikeluarkan / diedarkan adalah turut bergantung kepada pengurusan sekolah anak masing-masing. Penting! Sila dapatkan maklumat lanjut daripada pihak sekolah.
SEKOLAH KAWALAN SELURUH NEGERI
negeri perlis Perlis negeri kedah Kedah negeri penang Pulau Pinang
negeri perak Perak wp kuala lumpur Kuala Lumpur wp putrajaya Putrajaya
negeri selangor Selangor n sembilan Negeri  negeri melaka Melaka
negeri johor Johor negeri pahang Pahang negeri terengganu Terengganu
negeri kelantan Kelantan negeri sarawak Sarawak negeri sabah Sabah
wp labuan Labuan
Close