Kadar bonus dividen ASB 2019 jumlah agihan pendapatan

dividend asb

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan dana amanah pelaburan khusus untuk kaum bumiputera Malaysia. Objektif dana ini adalah untuk menyediakan satu cara simpanan alternatif bagi Bumiputera Malaysia selain bertujuan untuk menjana pulangan jangka panjang yang konsisten dan berdaya saing kepada pelabur-pelabur.

Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah direkakan sebagai harga dana pendapatan ekuiti tetap di mana harga seunit untuk dana itu ditetapkan pada RM1.00 serta tiada caj jualan dan yuran penebusan unit dikenakan.

Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah pelaburan terbaik untuk kaum bumiputera yang ingin mencari sebuah alternatif simpanan dan pelaburan jangka panjang dengan risiko paling rendah. Pelbagai teknik boleh diaplikasi bagi mendapat pulangan terbaik melalui pelaburan Amanah Saham Bumiputera.

Kadar Jumlah Bonus Dividen ASB 2019 Serta Rekod Agihan Pendapatan

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan mengumumkan agihan pendapatan (dividen) dan bonus berkadaran sen seunit untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi kewangan berakhir 31 Disember setiap tahun.

Kadar jumlah pengagihan pendapatan (Dividen) dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya pada minggu terakhir Disember 2019 ini.

TARIKH PENGUMUMAN BONUS DAN DIVIDEN ASB TAHUN 2019
Tarikh
Disember 2019
KADAR DIVIDEN DAN BONUS ASB (SEN | SEUNIT) TAHUN 2019
Tahun Dividen Bonus
2019 ? ?
MAKLUMAT KADAR DIVIDEN DAN BONUS ASB (SEN | SEUNIT) TAHUN 2018 – 1990
Tahun Dividen Bonus
2018 6.50 0.50
2017 7.00 0.25
+1.00 (Bonus Khas Ulangtahun)
2016 6.75 0.50
2015 7.25 0.50
2014 7.50 1.00
2013 7.70 1.00
2012 7.75 1.15
2011 7.70 1.00
2010 7.50 1.25
2009 7.30 1.20
2008 7.00 1.75
2007 8.00 1.00
2006 7.30 1.25
2005 7.25 1.75
2004 7.25 2.00
2003 7.25 2.00
2002 7.00 2.00
2001 7.00 3.00
2000 9.75 2.00
1999 8.50 1.50
+2.0 (2sen bonus istimewa)
1998 8.00 2.50
1997 10.25 1.25
1996 10.25 3.00
+2.0 (2sen bonus istimewa)
1995 10.0 3.00
1994 9.50 4.50
1993 9.00 4.50
1992 7.50 5.00
1991 8.50 4.00
1990 8.00 6.00
Close