Permohonan baru BSH Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020

Kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) menerusi pembentangan belanjawan (bajet) Malaysia 2019 telah mengumum serta meneruskan dan menambah baik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat Malaysia yang memerlukan mengikut kategori dan kriteria kelayakan yang ditetapkan.

Oleh itu, rakyat Malaysia yang pernah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini akan terus dibantu oleh kerajaan Pakatan Harapan melalui Bantuan Sara Hidup (BSH).

Sebagai info, kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah mengikut kategori iaitu bagi golongan isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM1,000.

Sementara, Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM2,001 hingga RM3,000 pula akan menerima bantuan berjumlah RM750 serta isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM3,001 hingga RM4,000 akan diberikan bantuan bernilai RM500.

Melalui Bantuan Sara Hidup (BSH) juga, golongan isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah turut akan menerima kadar tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah, namun terhad kepada empat orang dalam keluarga.

Secara keseluruhannya Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 menyaksikan golongan isi rumah dengan pendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat orang anak, bantuan yang akan diterima secara keseluruhan ialah RM1,480 ianya lebih tinggi berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

PENDAFTARAN PERMOHONAN BARU BSH BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT 2019
Pendaftaran permohonan baru Bantuan Sara Hidup (BSH) adalah kepada mereka yang berkait dengan perkara seperti di bawah:-
 Belum pernah memohon BSH
 Pemohon yang gagal / tidak layak dalam permohonan BSH sebelum ini
 Pasangan kepada penerima BSH 2018 yang telah meninggal dunia / bercerai
KADAR BANTUAN BSH 2019 DAN KATEGORI SERTA SYARAT KELAYAKAN
RM1,000 +
RM120 / Anak
Isi Rumah (1)
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM2,000 dan ke bawah
Warganegara (Menetap Di Malaysia Sahaja)
Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya seperti perkara di bawah:-
Berkahwin
Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda / yang mempunyai tanggungan
Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
Kadar tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah, terhad kepada empat (4) orang sahaja
RM750
Isi Rumah (2)
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM2,001 hingga RM3,000
Warganegara (Menetap Di Malaysia Sahaja)
Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya seperti perkara di bawah:-
Berkahwin
Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda / yang mempunyai tanggungan
Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
RM500
Isi Rumah (3)
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM3,001 hingga RM4,000
Warganegara (Menetap Di Malaysia Sahaja)
Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya seperti perkara di bawah:-
Berkahwin
Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda / yang mempunyai tanggungan
Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama)
TARIKH PENDAFTARAN PERMOHONAN BSH BANTUAN SARA HIDUP 2019
Dibuka Ditutup
1 Februari 2019 15 Mac 2019
Pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka mulai 1 Februari 2019. Pemakluman rasmi mengenai tarikh pendaftaran telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Close