Tempat pasar bazar Ramadan 2020 murah di Kedah

tempat bazar ramadhan kedah

Setiap kali tiba bulan puasa Ramadhan, antara keseronokan bagi rak­yat Malaysia berbilang keturunan serta segenap lapisan masyarakat ialah kemunculan pasar atau bazar Ramadan di merata-rata tempat yang membabitkan kawasan perumahan, taman perumahan, kompleks beli-belah, masjid, surau, kampung akan menganjurkan jualan di bazar Ramadan ini sama ada dalam skala besar atau kecil-kecilan.

Pasar atau bazaar Ramadhan seolah-olah lubuk makanan kerana terdapat segala macam makanan dan juadah berbuka puasa dijual. Namakan sahaja, pasti akan ada. Kalau tidak ada di bazar Ramadan A, pasti akan ada dijual di pasar Ramadan B atau C. Yang menjadi istimewa adalah makanan atau kuih-muih yang pelik-pelik dan jarang-jarang ditemui pada hari-hari biasa, boleh pula muncul dalam bulan Ramadan ini.

Disebalik keistimewaan bazar Ramadan, para peniaga atau penjaja di pasar ini seboleh-bolehnya mahu menawarkan juadah yang rare. Juadah atau makanan yang dalam kategori `pupus’ biasanya adalah makanan tradisional sesebuah negeri. Pada bulan puasa inilah selera mengidam makanan atau kuih muih seumpama itu muncul dan dicari ramai orang. Apatah lagi kalau makanan atau kuih-muih sedemikian menjadi pembuka selera waktu berbuka.

Sebagai kesimpulan, Pasar atau bazar Ramadan tidak ubah seperti pusat bagi segala `tok nenek’ makanan. Juadah yang mahal-mahal dan biasanya hanya terdapat di hotel atau restoran-restoran mewah juga `dibawa’ ke pasar ini dan dijual pada harga mampu beli. Makanan barat, makanan Jepun dan Korea yang popular pun sudah boleh dicari di bazar tersebut.

Pada masa yang sama, Bazar Ramadan juga dikaitkan sebagai tempat paling ramai orang melakukan pembaziran. Pengunjung dikatakan membazir kerana membeli terlalu banyak makanan tetapi tidak dihabiskan dan terpaksa dibuang.

Betulkah pengunjung ke bazar Ramadan lebih cenderung untuk berbelanja dengan boros dan secara membazir? Benarkah begitu? Memang berlaku tetapi bukan semuanya. Dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan kebanyakan harga barang naik bagai tidak berpenghujung ini, sukar untuk mempercayai orang ramai masih sanggup membazir. Kebanyakannya sudah tentu mengambil pendekatan ber­belanja secara berhemah.

Senarai Tempat Pasar Bazar Ramadhan 2020 Murah Dan Popular Di Negeri Kedah

Kepada penduduk di negeri Kedah yang tercari-cari pasar atau bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa, berikut InfoDweb (IDW) senaraikan tempat atau lokasi bazar Ramadan yang murah dan popular di negeri Kedah bagi Ramadhan tahun ini (2020).

SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 ALOR SETAR DAN JITRA
No Lokasi
1 Perkarangan Stadium Darulaman
2 Medan Selera, Taman PKNK
3 Kawasan Pasar Peremba
4 Kuala Kedah
5 Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar
6 Pekan Simpang Kuala
7 Taman Wira Mergong
8 Pekan Langgar
9 Simpang Empat
10 Pantai Johor
11 Kota Sarang Semut
12 Peremba
13 Mydin (Taman Saga)
14 Kuala Sungai
15 Pokok Sena
16 Tandop
17 Taman Suria
18 Mergong Jaya
19 Bandar Darulaman
20 Changlun
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 LANGKAWI
No Lokasi
1 Bazar Ramadan Kuah
2 Air Hangat
3 SMK Kedawang
4 Ulu Melaka
5 Jalan Padang Mat Sirat
6 Bazar Ramadhan Airport
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 PADANG TERAP
No Lokasi
1 Pekan Kuala Nerang
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 YAN
No Lokasi
1 Sungai Yan
2 Pekan Gua Chempedak
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 KULIM
No Lokasi
1 Parkir Masjid Negeri Masjid Negeri Ahmad 1
2 Hadapan Rest Rahmat Indera Mahkota 8
3 Bazar Ramadhan Kilang Lama
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 SUNGAI PETANI
No Lokasi
1 Tesco Lagenda Height
2 Taman Ria Jaya
3 Taman Lembah Bujang Fasa 1
4 Bazar kompleks Seri Temin
5 Bandar Laguna Merbok
6 Taman Sejati Indah
7 Jalan Lama Wisma Ria
8 Jalan Padang
9 Taman Semarak
10 Tanjung Dawai
11 Pekan Bedong
12 Bandar Puteri Jaya
13 Kota Kuala Muda
14 Bukit Selambau
15 Bazar Ramadhan Amanjaya Mall C-Mart
16 Bazar Ramadhan Sungai Petani Town (Kawasan Sp Plaza @ HSBC Bank)
17 Bazar Ramadhan Amanjaya Bukit (Zon Anggerik)
18 Merbok
Close