Tempat pasar bazar Ramadan 2019 murah di Kedah

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 29 April 2019 jam 04:02 AM

tempat bazar ramadhan kedah

Setiap kali tiba bulan puasa Ramadhan, antara keseronokan bagi rak­yat Malaysia berbilang keturunan serta segenap lapisan masyarakat ialah kemunculan pasar atau bazar Ramadan di merata-rata tempat yang membabitkan kawasan perumahan, taman perumahan, kompleks beli-belah, masjid, surau, kampung akan menganjurkan jualan di bazar Ramadan ini sama ada dalam skala besar atau kecil-kecilan.

Pasar atau bazaar Ramadhan seolah-olah lubuk makanan kerana terdapat segala macam makanan dan juadah berbuka puasa dijual. Namakan sahaja, pasti akan ada. Kalau tidak ada di bazar Ramadan A, pasti akan ada dijual di pasar Ramadan B atau C. Yang menjadi istimewa adalah makanan atau kuih-muih yang pelik-pelik dan jarang-jarang ditemui pada hari-hari biasa, boleh pula muncul dalam bulan Ramadan ini.

Disebalik keistimewaan bazar Ramadan, para peniaga atau penjaja di pasar ini seboleh-bolehnya mahu menawarkan juadah yang rare. Juadah atau makanan yang dalam kategori `pupus’ biasanya adalah makanan tradisional sesebuah negeri. Pada bulan puasa inilah selera mengidam makanan atau kuih muih seumpama itu muncul dan dicari ramai orang. Apatah lagi kalau makanan atau kuih-muih sedemikian menjadi pembuka selera waktu berbuka.

Sebagai kesimpulan, Pasar atau bazar Ramadan tidak ubah seperti pusat bagi segala `tok nenek’ makanan. Juadah yang mahal-mahal dan biasanya hanya terdapat di hotel atau restoran-restoran mewah juga `dibawa’ ke pasar ini dan dijual pada harga mampu beli. Makanan barat, makanan Jepun dan Korea yang popular pun sudah boleh dicari di bazar tersebut.

Pada masa yang sama, Bazar Ramadan juga dikaitkan sebagai tempat paling ramai orang melakukan pembaziran. Pengunjung dikatakan membazir kerana membeli terlalu banyak makanan tetapi tidak dihabiskan dan terpaksa dibuang.

Betulkah pengunjung ke bazar Ramadan lebih cenderung untuk berbelanja dengan boros dan secara membazir? Benarkah begitu? Memang berlaku tetapi bukan semuanya. Dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan kebanyakan harga barang naik bagai tidak berpenghujung ini, sukar untuk mempercayai orang ramai masih sanggup membazir. Kebanyakannya sudah tentu mengambil pendekatan ber­belanja secara berhemah.

Senarai Tempat Pasar Bazar Ramadhan 2019 Murah Dan Popular Di Negeri Kedah

Kepada penduduk di negeri Kedah yang tercari-cari pasar atau bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa, berikut InfoDweb (IDW) senaraikan tempat atau lokasi bazar Ramadan yang murah dan popular di negeri Kedah bagi Ramadhan tahun ini (2019).

SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2019 ALOR SETAR DAN JITRA
NoLokasi
1Perkarangan Stadium Darulaman
2Medan Selera, Taman PKNK
3Kawasan Pasar Peremba
4Kuala Kedah
5Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar
6Pekan Simpang Kuala
7Taman Wira Mergong
8Pekan Langgar
9Simpang Empat
10Pantai Johor
11Kota Sarang Semut
12Peremba
13Mydin (Taman Saga)
14Kuala Sungai
15Pokok Sena
16Tandop
17Taman Suria
18Mergong Jaya
19Bandar Darulaman
20Changlun
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2019 LANGKAWI
NoLokasi
1Bazar Ramadan Kuah
2Air Hangat
3SMK Kedawang
4Ulu Melaka
5Jalan Padang Mat Sirat
6Bazar Ramadhan Airport
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2019 PADANG TERAP
NoLokasi
1Pekan Kuala Nerang
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2019 YAN
NoLokasi
1Sungai Yan
2Pekan Gua Chempedak
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2019 KULIM
NoLokasi
1Parkir Masjid Negeri Masjid Negeri Ahmad 1
2Hadapan Rest Rahmat Indera Mahkota 8
3Bazar Ramadhan Kilang Lama
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2019 SUNGAI PETANI
NoLokasi
1Tesco Lagenda Height
2Taman Ria Jaya
3Taman Lembah Bujang Fasa 1
4Bazar kompleks Seri Temin
5Bandar Laguna Merbok
6Taman Sejati Indah
7Jalan Lama Wisma Ria
8Jalan Padang
9Taman Semarak
10Tanjung Dawai
11Pekan Bedong
12Bandar Puteri Jaya
13Kota Kuala Muda
14Bukit Selambau
15Bazar Ramadhan Amanjaya Mall C-Mart
16Bazar Ramadhan Sungai Petani Town (Kawasan Sp Plaza @ HSBC Bank)
17Bazar Ramadhan Amanjaya Bukit (Zon Anggerik)
18Merbok