Tempat pasar bazar Ramadan 2020 murah di Kuala Lumpur (KL)

tempat bazar ramadhan kuala lumpur

Setiap kali tiba bulan puasa Ramadhan, antara keseronokan bagi rak­yat Malaysia berbilang keturunan serta segenap lapisan masyarakat ialah kemunculan pasar atau bazar Ramadan di merata-rata tempat yang membabitkan kawasan perumahan, taman perumahan, kompleks beli-belah, masjid, surau, kampung akan menganjurkan jualan di bazar Ramadan ini sama ada dalam skala besar atau kecil-kecilan.

Pasar atau bazaar Ramadhan seolah-olah lubuk makanan kerana terdapat segala macam makanan dan juadah berbuka puasa dijual. Namakan sahaja, pasti akan ada. Kalau tidak ada di bazar Ramadan A, pasti akan ada dijual di pasar Ramadan B atau C. Yang menjadi istimewa adalah makanan atau kuih-muih yang pelik-pelik dan jarang-jarang ditemui pada hari-hari biasa, boleh pula muncul dalam bulan Ramadan ini.

Disebalik keistimewaan bazar Ramadan, para peniaga atau penjaja di pasar ini seboleh-bolehnya mahu menawarkan juadah yang rare. Juadah atau makanan yang dalam kategori `pupus’ biasanya adalah makanan tradisional sesebuah negeri. Pada bulan puasa inilah selera mengidam makanan atau kuih muih seumpama itu muncul dan dicari ramai orang. Apatah lagi kalau makanan atau kuih-muih sedemikian menjadi pembuka selera waktu berbuka.

Sebagai kesimpulan, Pasar atau bazar Ramadan tidak ubah seperti pusat bagi segala `tok nenek’ makanan. Juadah yang mahal-mahal dan biasanya hanya terdapat di hotel atau restoran-restoran mewah juga `dibawa’ ke pasar ini dan dijual pada harga mampu beli. Makanan barat, makanan Jepun dan Korea yang popular pun sudah boleh dicari di bazar tersebut.

Pada masa yang sama, Bazar Ramadan juga dikaitkan sebagai tempat paling ramai orang melakukan pembaziran. Pengunjung dikatakan membazir kerana membeli terlalu banyak makanan tetapi tidak dihabiskan dan terpaksa dibuang.

Betulkah pengunjung ke bazar Ramadan lebih cenderung untuk berbelanja dengan boros dan secara membazir? Benarkah begitu? Memang berlaku tetapi bukan semuanya. Dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan kebanyakan harga barang naik bagai tidak berpenghujung ini, sukar untuk mempercayai orang ramai masih sanggup membazir. Kebanyakannya sudah tentu mengambil pendekatan ber­belanja secara berhemah.

Senarai Tempat Pasar Bazar Ramadhan 2020 Murah Dan Popular Di Kuala Lumpur

Kepada penduduk di ibu kota yang tercari-cari pasar atau bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa, berikut InfoDweb (IDW) senaraikan tempat atau lokasi bazar Ramadan yang murah dan popular di Kuala Lumpur bagi Ramadhan tahun ini (2020).

SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 SEKITAR KUALA LUMPUR
No Lokasi
1 Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)
2 Bangsar
3 Kg. Baru
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 SETIAWANGSA / SETAPAK
No Lokasi
1 Jalan Wangsa Delima
2 Hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kg Semarak off Jalan Semarak
3 Danau Kota (Uptown Danau Kota)
4 Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6
5 Jalan Wangsa Melawati 3
6 Taman Keramat Permai (Setiawangsa)
7 Jalan Rejang 11, Setapak Jaya
8 Setapak Jaya
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 LEMBAH PANTAI / SEGAMBUT
No Lokasi
1 Jln Cochrane
2 Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat
3 Sebelah Pure Life off Jalan Puchong
4 Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam
5 Jalan Sri Jati 3
6 Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati)
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 KEPONG / SEPUTEH
No Lokasi
1 Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling
2 Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong
3 Jalan 3/109C off Jalan Klang Lama
4 Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 TUN RAZAK
No Lokasi
1 Jln Susur Off Jln Pasar/Pudu
2 Jalan Budiman 25, Taman Mulia
3 Taman Len Sen
4 Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
5 Parking Bersebelahan LRT Cheras
6 Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sg Besi
7 Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
8 Dataran Padang Permainan Bandar Tun Razak
9 Jalan Benteng (Sebelah Restoran Burger King & Bangunan Hong Kong & Shanghai Bank)
10 Taman Segar
11 Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
12 Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
13 Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
14 Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 TITIWANGSA
No Lokasi
1 Siarkaki Lebuh Pudu
2 Lorong Berangan
3 No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman -Kawasan tempat letak kereta persendirian
4 Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
5 Jln Hj Hussein, Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit)
6 Pasar Datuk Keramat
7 Bukit Bintang
8 Jalan Masjid India
9 Jln Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
10 Taman Keramat (AEON AU2)
11 Jalan Haji Taib
12 Persimpangan Jln Tar/ Jln Raja Alang (Siarkaki Sepanjang Jln Tar Hingga Ke Persimpangan Masuk Ke Jln Raja Alang)
13 Siar Kaki Persimpangan Jln Chow Kit Hingga Ke Supermarket Bintang (Jln Hj Taib/ Tuanku Abdul Rahman- Chow Kit)
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 WANGSA MAJU
No Lokasi
1 Tapak Pasar Malam Taman Melati
2 Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman
3 Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju
4 Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak
5 Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman
6 Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju
7 Jalan Langkawi, Teratai Mewah
8 Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota
9 Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang
10 Kaki lima Plaza Idaman
Close