Tempat pasar bazar Ramadan 2019 murah di Pahang

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 29 April 2019 jam 04:50 PM

tempat bazar ramadhan pahang

Setiap kali tiba bulan puasa Ramadhan, antara keseronokan bagi rak­yat Malaysia berbilang keturunan serta segenap lapisan masyarakat ialah kemunculan pasar atau bazar Ramadan di merata-rata tempat yang membabitkan kawasan perumahan, taman perumahan, kompleks beli-belah, masjid, surau, kampung akan menganjurkan jualan di bazar Ramadan ini sama ada dalam skala besar atau kecil-kecilan.

Pasar atau bazaar Ramadhan seolah-olah lubuk makanan kerana terdapat segala macam makanan dan juadah berbuka puasa dijual. Namakan sahaja, pasti akan ada. Kalau tidak ada di bazar Ramadan A, pasti akan ada dijual di pasar Ramadan B atau C. Yang menjadi istimewa adalah makanan atau kuih-muih yang pelik-pelik dan jarang-jarang ditemui pada hari-hari biasa, boleh pula muncul dalam bulan Ramadan ini.

Disebalik keistimewaan bazar Ramadan, para peniaga atau penjaja di pasar ini seboleh-bolehnya mahu menawarkan juadah yang rare. Juadah atau makanan yang dalam kategori `pupus’ biasanya adalah makanan tradisional sesebuah negeri. Pada bulan puasa inilah selera mengidam makanan atau kuih muih seumpama itu muncul dan dicari ramai orang. Apatah lagi kalau makanan atau kuih-muih sedemikian menjadi pembuka selera waktu berbuka.

Sebagai kesimpulan, Pasar atau bazar Ramadan tidak ubah seperti pusat bagi segala `tok nenek’ makanan. Juadah yang mahal-mahal dan biasanya hanya terdapat di hotel atau restoran-restoran mewah juga `dibawa’ ke pasar ini dan dijual pada harga mampu beli. Makanan barat, makanan Jepun dan Korea yang popular pun sudah boleh dicari di bazar tersebut.

Pada masa yang sama, Bazar Ramadan juga dikaitkan sebagai tempat paling ramai orang melakukan pembaziran. Pengunjung dikatakan membazir kerana membeli terlalu banyak makanan tetapi tidak dihabiskan dan terpaksa dibuang.

Betulkah pengunjung ke bazar Ramadan lebih cenderung untuk berbelanja dengan boros dan secara membazir? Benarkah begitu? Memang berlaku tetapi bukan semuanya. Dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan kebanyakan harga barang naik bagai tidak berpenghujung ini, sukar untuk mempercayai orang ramai masih sanggup membazir. Kebanyakannya sudah tentu mengambil pendekatan ber­belanja secara berhemah.

Senarai Tempat Pasar Bazar Ramadhan 2019 Murah Dan Popular Di Pahang

Kepada penduduk di negeri Pahang yang tercari-cari pasar atau bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa, berikut InfoDweb (IDW) senaraikan tempat atau lokasi bazar Ramadan yang murah dan popular di Pahang bagi Ramadhan tahun ini (2019).

SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2019 KUANTAN
NoLokasi
1Hadapan Rest Rahmat Indera Mahkota 8
2Parkir Masjid Negeri Masjid Negeri Ahmad 1
3Tapak Pasar Lambak Inderapura
4Perkampungan Sg Isap 2
5Indera Mahkota 14
6Balok
7Kompleks Dagangan Indera Mahkota
8Hadapan Tunas Manja Sg Isap
9Beserah
10Pandan Damai
11Jaya Gading
12Gambang Damai
13Tapak Pasar Lambak Mahkota Aman
14Parkir Stadium Darul Makmur
15PASDEC Makmur
16Kempadang Sejahtera
17Taman Impianku
18Tanjung Api (Depan Gerai Persatuan Nelayan)
19Kempadang
20Peramu
21Taman Tas
22Berjaya Permai
23UTC Pahang
24Kawasan Balok Makmur
25Hadapan Sekolah Vokasional Jln Kg. Padang
26Indera Sempurna
27Hentian Gambang
28Nirwana Batu 3
29Depan Pasaraya Alfa Indah Beserah
30Bukit Rangin Perdana 2
31Pantai Selamat Indera Mahkota
32Taman PSJ Sg. Karang
33Mahkota Square