Tempat pasar bazar Ramadan 2020 murah di Pulau Pinang

tempat bazar ramadhan penang

Setiap kali tiba bulan puasa Ramadhan, antara keseronokan bagi rak­yat Malaysia berbilang keturunan serta segenap lapisan masyarakat ialah kemunculan pasar atau bazar Ramadan di merata-rata tempat yang membabitkan kawasan perumahan, taman perumahan, kompleks beli-belah, masjid, surau, kampung akan menganjurkan jualan di bazar Ramadan ini sama ada dalam skala besar atau kecil-kecilan.

Pasar atau bazaar Ramadhan seolah-olah lubuk makanan kerana terdapat segala macam makanan dan juadah berbuka puasa dijual. Namakan sahaja, pasti akan ada. Kalau tidak ada di bazar Ramadan A, pasti akan ada dijual di pasar Ramadan B atau C. Yang menjadi istimewa adalah makanan atau kuih-muih yang pelik-pelik dan jarang-jarang ditemui pada hari-hari biasa, boleh pula muncul dalam bulan Ramadan ini.

Disebalik keistimewaan bazar Ramadan, para peniaga atau penjaja di pasar ini seboleh-bolehnya mahu menawarkan juadah yang rare. Juadah atau makanan yang dalam kategori `pupus’ biasanya adalah makanan tradisional sesebuah negeri. Pada bulan puasa inilah selera mengidam makanan atau kuih muih seumpama itu muncul dan dicari ramai orang. Apatah lagi kalau makanan atau kuih-muih sedemikian menjadi pembuka selera waktu berbuka.

Sebagai kesimpulan, Pasar atau bazar Ramadan tidak ubah seperti pusat bagi segala `tok nenek’ makanan. Juadah yang mahal-mahal dan biasanya hanya terdapat di hotel atau restoran-restoran mewah juga `dibawa’ ke pasar ini dan dijual pada harga mampu beli. Makanan barat, makanan Jepun dan Korea yang popular pun sudah boleh dicari di bazar tersebut.

Pada masa yang sama, Bazar Ramadan juga dikaitkan sebagai tempat paling ramai orang melakukan pembaziran. Pengunjung dikatakan membazir kerana membeli terlalu banyak makanan tetapi tidak dihabiskan dan terpaksa dibuang.

Betulkah pengunjung ke bazar Ramadan lebih cenderung untuk berbelanja dengan boros dan secara membazir? Benarkah begitu? Memang berlaku tetapi bukan semuanya. Dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan kebanyakan harga barang naik bagai tidak berpenghujung ini, sukar untuk mempercayai orang ramai masih sanggup membazir. Kebanyakannya sudah tentu mengambil pendekatan ber­belanja secara berhemah.

Senarai Tempat Pasar Bazar Ramadhan 2020 Murah Dan Popular Di Penang

Kepada penduduk di negeri Pulau Pinang (Penang) yang tercari-cari pasar atau bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa, berikut InfoDweb (IDW) senaraikan tempat atau lokasi bazar Ramadan yang murah dan popular di Penang bagi Ramadhan tahun ini (2020).

SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 SEBERANG PRAI
No Lokasi
1 Sungai Bakap Bandar Tasek Mutiara
2 Hadapan Tapak Bazar Bertentangan Masjid Abdullah Fahim, Bertam
3 Taman Sri Delima Juru
4 Tapak Kompleks Tasik Gelugor
5 Nibong Tebal (Berhadapan Yawata)
6 Kampung Surau Seberang Jaya
7 Alma (Tapak Pasar Malam)
8 Pokok Sena 
9 Bukit Mertajam (Belakang Mahkamah Syariah)
10 Taman Desa Murni, Sungai Dua
11 Bandar Perda
12 Parit Busuk, Kubang Semang
13 Kepala Batas Pekan Lama
14 Maklom, Sungai Dua
15 Taman Arowana, Tapak Pasar Malam Hari Jumaat 
16 Taman Pauh Indah (Tapak Pasar Malam Hari Sabtu)
17 Bazar Taman Penaga
18 Bazar Teluk Air Tawar
19 Medan Selera Simpang Ampat
20 Tapak Parkir Market Seberang Jaya
21 Medan Selera Taman Siakap Bertentangan SP Arena
22 Bazar Ramadhan Jawi
23 Taman Jawi Indah
24 Butterworth, Padang Bandaran
25 Bandar Darulaman
26 Sungai Acheh
27 Jalan Bagan Dalam
28 Padang Menora Tasek Gelugor
29 Jln. Mohd Saad Taman Desa Murni
30 Pekan Darat
31 Jalan Mohd saad
32 Kampung Selamat Tasek Gelugor
33 Rumah Pangsa Tun Dr. Awang
34 Permatang Tok Beranggan
35 Pinang Tunggal
36 Kg. Acham
37 Penaga Bakar Bata Kepala Batas
38 Butterworth Jalan Pokok Tampang
39 Tasek Gelugor Taman Mesra
40 Desa Tok Sani
41 Bumbung lima
42 Bertam
43 Bagan Lallang Kelumpok Ladang Pertanian
44 Pekan Kepala Batas
45 Desa Tok Sani Taman Bagan
46 Kelumpok Ladang
47 Bagan Lallang
48 Taman Mesra
49 Jalan Tunku Putra
50 Jalan Ong Yi How
51 Smk Pauh Jaya Seberang Perai Tengah
52 Sg. Semambu
53 Tmn. Semilang Seberang Jaya
54 Sungai Semambu ,Jln Titi Timbul Lama Pmtg Pauh
55 Kawasan Letak Kereta Pasaraya Carrefour
56 Taman Permata
57 Simpang empat permatang Buluh
58 Kampung Kepala Gajah
59 Bukit Tambun
60 Simpang Tiga Parit Tok Maidin
61 Jalan Sempadan Nibong Tebal
62 Lrg. Berhadapan Bangunan Pejabat
63 Tmn. Sri Rambai Fasa II, III B.M.
64 Taman siakap
65 Jln Kg. Tok Elong Kubang Semang
66 Masjid Seberang jaya
67 Taman Penanti Kpg. Pelet
68 Kg. Petani
69 Seberang Jaya : Perkampungan Berapit
70 Tanah Lapang Sebelah Pasar Awam Tmn, Sri Rambai, BM Rukun Tetangga
71 Perusahaan Desa Damai
72 Penanti Bukit Mertajam
73 Jalan Sentosa
74 Taman Guar Perahu Jln Guar Jering
75 Butterworth
76 Jln. Bukit Minyak
77 Sungai Rambai
78 Perkampongan Juru, Bukit Teh
79 Jalan Sungai Daun Nibong Tebal
80 Jalan Kampong Chenaam
81 Jalan Serindit
82 Desa Jawi
83 Batu Kawan
84 Kampung Sungai Duri
85 Taman Putri Gunung
86 Jalan Persiaran Tenggiri
87 Jalan Pengkalan
88 Jambatan Sungai Perai i (Kaw di Tmn. Inderawasih)
89 Bukit Tengah
90 Ampang Jajar
91 Kg. Berapit, BM
92 Lrg. Perusahaan Maju Rukun Tetangga Tmn. Pelangi
93 Jalan Taman Putri Gunung
94 Kg. Baru
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 PENANG (PULAU)
No Lokasi
1 Taman Tun Sardon
2 Little India
3 Penang General Hospital
4 Jelutong
5 Teluk Bahang
6 Bayan Baru
7 Bayan Lepas
8 Balik Pulau
9 Jalan Makloom
10 Sungai Ara (Jalan Kg Baru)
11 Sebelah Masjid Sungai Nibong
12 Gelugor
13 Tanjung Tokong (Sebelah Masjid Tuan Guru
14 Bandar Perda Teluk Kumbar
15 Teluk Kumbar (Tapak Pasar Malam)
16 Kampung Melayu Air Itam
17 Kompar Walk
18 Kompleks Bukit Jambul
19 Batu Maung
20 Taman Pekaka SG 2 (USM)
21 USM (Asrama)
22 Batu Feringghi
23 Masjid Terapung Tanjung Bungah
24 Tanjung Pinang court Tanjung Tokong
25 Perkarangan Lebuh Queen (Liga Muslim)
26 Nusantara
27 Flat Kampung Melayu
28 Relau
29 Kampung Jawa Bayan Baru
30 Teluk Kumbar(Sg batu)
31 Batu Maung
32 Permatang Damar Laut (Sungai Tiram)
33 Taman Tun Sardon Simpang 3
34 Pantai Jerejak
35 Flat Bukit Gedung
36 Masjid Bayan Baru
37 Hospital Besar Penang Jln Utama
Close