Tempat pasar bazar Ramadan 2020 murah di Perak

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 8 Oktober 2019 jam 04:16 PM

tempat bazar ramadhan perak

Setiap kali tiba bulan puasa Ramadhan, antara keseronokan bagi rak­yat Malaysia berbilang keturunan serta segenap lapisan masyarakat ialah kemunculan pasar atau bazar Ramadan di merata-rata tempat yang membabitkan kawasan perumahan, taman perumahan, kompleks beli-belah, masjid, surau, kampung akan menganjurkan jualan di bazar Ramadan ini sama ada dalam skala besar atau kecil-kecilan.

Pasar atau bazaar Ramadhan seolah-olah lubuk makanan kerana terdapat segala macam makanan dan juadah berbuka puasa dijual. Namakan sahaja, pasti akan ada. Kalau tidak ada di bazar Ramadan A, pasti akan ada dijual di pasar Ramadan B atau C. Yang menjadi istimewa adalah makanan atau kuih-muih yang pelik-pelik dan jarang-jarang ditemui pada hari-hari biasa, boleh pula muncul dalam bulan Ramadan ini.

Disebalik keistimewaan bazar Ramadan, para peniaga atau penjaja di pasar ini seboleh-bolehnya mahu menawarkan juadah yang rare. Juadah atau makanan yang dalam kategori `pupus’ biasanya adalah makanan tradisional sesebuah negeri. Pada bulan puasa inilah selera mengidam makanan atau kuih muih seumpama itu muncul dan dicari ramai orang. Apatah lagi kalau makanan atau kuih-muih sedemikian menjadi pembuka selera waktu berbuka.

Sebagai kesimpulan, Pasar atau bazar Ramadan tidak ubah seperti pusat bagi segala `tok nenek’ makanan. Juadah yang mahal-mahal dan biasanya hanya terdapat di hotel atau restoran-restoran mewah juga `dibawa’ ke pasar ini dan dijual pada harga mampu beli. Makanan barat, makanan Jepun dan Korea yang popular pun sudah boleh dicari di bazar tersebut.

Pada masa yang sama, Bazar Ramadan juga dikaitkan sebagai tempat paling ramai orang melakukan pembaziran. Pengunjung dikatakan membazir kerana membeli terlalu banyak makanan tetapi tidak dihabiskan dan terpaksa dibuang.

Betulkah pengunjung ke bazar Ramadan lebih cenderung untuk berbelanja dengan boros dan secara membazir? Benarkah begitu? Memang berlaku tetapi bukan semuanya. Dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan kebanyakan harga barang naik bagai tidak berpenghujung ini, sukar untuk mempercayai orang ramai masih sanggup membazir. Kebanyakannya sudah tentu mengambil pendekatan ber­belanja secara berhemah.

Senarai Tempat Pasar Bazar Ramadhan 2020 Murah Dan Popular Di Negeri Perak

Kepada penduduk di negeri Perak yang tercari-cari pasar atau bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa, berikut InfoDweb (IDW) senaraikan tempat atau lokasi bazar Ramadan yang murah dan popular di Perak bagi Ramadhan tahun ini (2020).

SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 BAGAN DATOH
NoLokasi
1Simpang Empat Hutan Melintang
2Pekan Selekoh
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 HULU PERAK (GERIK)
NoLokasi
1Pekan (Gerik)
2Pekan Pengkalan Hulu
3Dataran Lenggong
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 MUALLIM
NoLokasi
1Econsave Slim River
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 KAMPAR
NoLokasi
1Giant Kampar
2Medan Cahaya, Kuala Dipang
3Dataran Malim Nawar
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 KERIAN
NoLokasi
1Jalan Permatang Tok Mahat, Parit Buntar
2Taman Kerian Permai, Parit Buntar
3Bandar Baharu
4Pean Pekan Semanggol
5Pekan Bagan Serai
5Taman Serai Permai
7Batu Lima
8Pekan Tg. Piandang
9Pekan Kuala Kurau
10Pekan Alor Pongsu
11Taman Serai Jaya
12Market Baru Bagan Serai
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 BATANG PADANG
NoLokasi
1Pekan, Tanjung Malim
2Bandar Proton, Tanjung Malim
3Jalan Baldwin, Tapah
4Dewan, Bidor
5Pekan Sungkai
6UiTM Tapah Road
7Behrang 2020
8KTM Tapah Road
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 HILIR PERAK (TELUK INTAN)
NoLokasi
1Kg. Selabak, Teluk Intan
2Pekan, Teluk Intan
3Pekan, Langkap
4Jalan Padang Tembak, Teluk Intan
5Kg Bahagia, Teluk Intan
6Pekan Langkap
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 PERAK TENGAH (SERI ISKANDAR)
NoLokasi
1Pekan, Bota Kanan
2Sidec Seri Iskandar
3Dataran Bandar U, Seri Iskandar
4Kompleks Pertanian, Titi Gantong
5Pejabat Pos, Parit
6Dataran TF, Batu Gajah
7Changkat Lada
8Pekan Kg Gajah
9Seberang Perak
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 MANJONG DAN PULAU PANGKOR
NoLokasi
1Giant, Seri Manjung
2Stadium MPM, Seri Manjung
3Astaka, Sitiawan
4Pekan, Ayer Tawar
5Pasar Basah, Seri Manjung
6Taman Samudera, Seri Manjung
7Dataran Kurma, Pulau Pangkor
8Pekan Pantai Remis
9Pasar Awam, Seri Manjung
10Pekan Beruas
11Bukit Permata
12Batu 10, Lekir
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 KUALA KANGSAR
NoLokasi
1Lembah, Kuala Kangsar
2Chandan Puteri, Kuala Kangsar
3Pekan Sungai Siput
4Padang Rengas, Kuala Kangsar
5Talang, Kuala Kangsar
6Taman Orkid, Sg Siput
7Pekan Manong
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 MATANG DAN SELAMA
NoLokasi
1Kamunting, Taiping
2Changkat Jering, Taiping
3Arked Mara, Taiping 
4Simpang, Larut Tin, Taiping
5Pekan, Batu Kurau
6Pekan Ijok
7IPD Taiping
8Pekan Selama
9Bukit Gantang
10Taman Kaya, Taiping
11Simpang, Taiping
12Pekan Rantau Panjang
13Sg. Bayor
 
SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 IPOH / KINTA
NoLokasi
1Stadium Indra Mulia, Ipoh
2Medan Gopeng, Ipoh
3Taman Perpaduan, Ipoh
4Rapat Setia, Ipoh
5Taman Jati, Ipoh
6Silibin, Ipoh
7Ipoh Jaya
8Tesco Bercham, Ipoh
9Taman Cempaka, Ipoh 
10Meru Permai, Ipoh
11Taman Chepor Jaya, Ipoh
12Angsana Mall, Ipoh
13Taman Kledang, Ipoh
14Uptown Tambun, Ipoh 
15Jelapang, Ipoh 
16Taman Desa Aman, Ipoh
17Taman Tamara, Ipoh
18Kg Sri Kinta, Ipoh
19Kg Manjoi, Ipoh 
20SPPK, Ipoh
21Tapak Tesco Station 18, Ipoh
22Hadapan TF Batu Gajah
23Taman Desa Aman, Lahat
24Pekan Gopeng (area paip besar)
25Tg Rambutan
26Simpang Pulai