Tempat pasar bazar Ramadan 2020 murah di Sabah

tempat bazar ramadhan sabah

Setiap kali tiba bulan puasa Ramadhan, antara keseronokan bagi rak­yat Malaysia berbilang keturunan serta segenap lapisan masyarakat ialah kemunculan pasar atau bazar Ramadan di merata-rata tempat yang membabitkan kawasan perumahan, taman perumahan, kompleks beli-belah, masjid, surau, kampung akan menganjurkan jualan di bazar Ramadan ini sama ada dalam skala besar atau kecil-kecilan.

Pasar atau bazaar Ramadhan seolah-olah lubuk makanan kerana terdapat segala macam makanan dan juadah berbuka puasa dijual. Namakan sahaja, pasti akan ada. Kalau tidak ada di bazar Ramadan A, pasti akan ada dijual di pasar Ramadan B atau C. Yang menjadi istimewa adalah makanan atau kuih-muih yang pelik-pelik dan jarang-jarang ditemui pada hari-hari biasa, boleh pula muncul dalam bulan Ramadan ini.

Disebalik keistimewaan bazar Ramadan, para peniaga atau penjaja di pasar ini seboleh-bolehnya mahu menawarkan juadah yang rare. Juadah atau makanan yang dalam kategori `pupus’ biasanya adalah makanan tradisional sesebuah negeri. Pada bulan puasa inilah selera mengidam makanan atau kuih muih seumpama itu muncul dan dicari ramai orang. Apatah lagi kalau makanan atau kuih-muih sedemikian menjadi pembuka selera waktu berbuka.

Sebagai kesimpulan, Pasar atau bazar Ramadan tidak ubah seperti pusat bagi segala `tok nenek’ makanan. Juadah yang mahal-mahal dan biasanya hanya terdapat di hotel atau restoran-restoran mewah juga `dibawa’ ke pasar ini dan dijual pada harga mampu beli. Makanan barat, makanan Jepun dan Korea yang popular pun sudah boleh dicari di bazar tersebut.

Pada masa yang sama, Bazar Ramadan juga dikaitkan sebagai tempat paling ramai orang melakukan pembaziran. Pengunjung dikatakan membazir kerana membeli terlalu banyak makanan tetapi tidak dihabiskan dan terpaksa dibuang.

Betulkah pengunjung ke bazar Ramadan lebih cenderung untuk berbelanja dengan boros dan secara membazir? Benarkah begitu? Memang berlaku tetapi bukan semuanya. Dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan kebanyakan harga barang naik bagai tidak berpenghujung ini, sukar untuk mempercayai orang ramai masih sanggup membazir. Kebanyakannya sudah tentu mengambil pendekatan ber­belanja secara berhemah.

Senarai Tempat Pasar Bazar Ramadhan 2020 Murah Dan Popular Di Sabah

Kepada penduduk di negeri Sabah yang tercari-cari pasar atau bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa, berikut InfoDweb (IDW) senaraikan tempat atau lokasi bazar Ramadan yang murah dan popular di Sabah bagi Ramadhan tahun ini (2019).

SENARAI TEMPAT PASAR BAZAR RAMADHAN 2020 SABAH
No Lokasi
1 Bawah Jambatan Segama
2 Kem Lokawi
3 City Mall
4 Kingfisher
5 Salut Commercial Centre
6 Pekan Inanam (Bersebelahan gerai tembakau)
7 Taman Indah Permai
8 Pasar malam Pekan Telipok
9 Wisma Wanita
10 Likas Bay (Teluk Likas)
11 Tanjung Aru Plaza
12 Pasar Tani Putera Jaya
13 Alam Mesra
14 Pekan Sembulan
15 Kawasan pasar malam Menggatal
16 Sulaman Sentral
17 Sembulan River Park
18 Taipan, Inanam
19 Kampung Kopungit (FAMA)
20 Bazar Metro Town
19 Bazar Sembulan
20 Bazar University Apartment
19 Bazar Putatan
20 Bazar Asia City
19 Bazar Lintasan Deasoka DBKK
Close