Bonus duit raya Aidilfitri 2019 penjawat awam dan pesara kerajaan

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 25 Mei 2019 jam 11:30 PM

bonus raya kakitangan awam pesara kerajaan

Masuk sahaja bulan Ramadhan penjawat awam atau kakitangan awam kerajaan terutama yang berpangkat rendah pasti mengharapkan kerajaan memberikan bonus duit raya Aidilfitri atau pemberian bantuan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Menyedari perkara ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pasti akan memainkan peranannya dengan memohon kepada kerajaan persekutuan agar dapat memberikan bantuan khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam di seluruh negeri.

Sejak dari kerajaan terdahulu, CUEPACS akan menyuarakan perkara ini kepada kerajaan dengan mengutus surat kepada Perdana Menteri supaya dapat mempertimbangkan permintaan pemberian bantuan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana perbelanjaan persiapan Aidilfitri adalah tinggi berbanding perbelanjaan biasa.

Namun dengan prestasi ekonomi negara sekarang, semua kakitangan kerajaan perlu juga memahami kedudukan kewangan dan keutamaan yang harus diberikan oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat keseluruhannya dan negara.

Berbalik kepada kerajaan terdahulu (Barisan Nasional), setiap tahun kerajaan memberikan bayaran bantuan khas terutamanya bersempena dengan perayaan untuk penjawat awam dan tidak lupa juga kepada pesara kakitangan awam.

Selepas beralih kepada tampuk pemerintahan baharu yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan Pakatan Harapan juga meneruskan pemberian bantuan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di mana pada tahun lepas, kerajaan PH telah memberikan bantuan khas tersebut kepada penjawat awam bagi gred 41 dan ke bawah sebanyak RM400 seorang manakala pesara kerajaan sebanyak RM200.

Oleh itu, bagi sambutan Aidilfitri tahun ini (2019) penjawat awam atau kakitangan awam kerajaan terutama yang berpangkat rendah pasti mengharapkan kerajaan memberikan bonus duit raya Aidilfitri kerana pemberian ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban dalam membuat persiapan hari raya Aidilfitri nanti.

Bonus Duit Raya Aidilfitri 2019 Penjawat Awam Dan Pesara Kerajaan Dapat Atau Tidak?

Semua penjawat awam mahupun pesara kerajaan boleh mendapatkan maklumat berhubung dengan perkara ini melalui halaman ini kerana InfoDWeb (IDW) akan mengemaskini maklumat pemberian bantuan khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba adakah akan diberikan oleh kerajaan.

Maklumat yang akan dikemaskini adalah melalui sumber-sumber yang tepat dan sahih. Sama-sama kita nanti pengumuman daripada kerajaan Pakatan Harapan mengenai perkara ini. Sila ikuti pengemaskinian informasi melalui ruangan di bawah.

Ringkasan Kemaskini Maklumat
tarikh 13 Mei 2019 – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.

Menurut Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, pihaknya sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berhubung isu ini. 

CUEPACS berharap permintaan bonus Aidilfitri sebanyak RM1,000 untuk penjawat awam dan RM500 untuk pesara itu dipersetujui kerajaan. Selain turut memohon pemberian bonus kepada semua penjawat awam di bawah gred 54, berbanding sebelum ini hanya gred 41 ke bawah yang menerima bonus.

tarikh 16 Mei 2019 – Berita yang dinantikan akhirnya telah kunjung tiba buat 1.5 juta penjawat awam di seluruh negara apabila kerajaan telah mengumumkan agihan Bantuan Khas Kewangan RM450 bagi Gred 56 dan ke bawah sebagai persedian menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019. Selain itu, bantuan khas sebanyak RM225 turut diberikan kepada hampir 800,000 pesara kerajaan di seluruh negara.
TARIKH DAN JUMLAH PEMBAYARAN BONUS AIDILFITRI 2019 KAKITANGAN AWAM DAN PESARA KERAJAAN PERSEKUTUAN

RM450

Penjawat Awam
Tarikh Bayaran Khas Aidilfitri 2019
24 Mei

RM225

Pesara Kerajaan
Tarikh Bayaran Khas Aidilfitri 2019
24 Mei

 

TARIKH DAN JUMLAH PEMBAYARAN BONUS AIDILFITRI 2019 KAKITANGAN AWAM KERAJAAN NEGERI
Paparan di bawah merupakan maklumat yang tepat dan rasmi berhubung dengan pemberian bantuan khas Aidilfitri  (bonus Aidilfitri 2019) bagi penjawat awam kerajaan negeri masing-masing. Jumlah pembayaran akan dilengkapkan selepas mendapat maklumat yang tepat.
NegeriJumlah Bantuan
negeri perlis PerlisRM550
negeri kedah KedahRM1,000
negeri penang Pulau PinangSetengah bulan gaji atau minimum RM1,000
negeri perak PerakSebulan gaji atau minimum RM2,000
negeri selangor SelangorSatu bulan gaji / RM1,000
n sembilan N. SembilanSetengah bulan gaji atau minimum RM1,000
negeri melaka MelakaRM,1000
negeri johor JohorRM500
negeri pahang PahangRM600
negeri terengganu TerengganuRM400
negeri kelantan KelantanRM500
negeri sarawak SarawakRM500
negeri sabah SabahRM500