Contoh borang temubual / soal selidik kerja kursus PT3 Geografi 2020

contoh borang soal selidik

Borang temubual atau soal selidik merupakan borang yang berisi soalan serta ruangan untuk jawapan di mana satu sampel borang digunakan untuk semua responden.

Borang soal selidik atau temubual ini hanya boleh dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untuk mengumpul data kajian berdasarkan kawasan kajian.

Borang soal selidik atau temubual ini memberi pelbagai faedah kepada calon-calon kerana maklumat yang diperoleh daripada setiap responden (orang yang memberikan maklumat) disoal dengan soalan yang sama.

Oleh itu, penyelidik (calon-calon) boleh membuat perbandingan antara seorang responden dengan responden yang lain. Selain maklumat tentang kawasan kajian yang dikumpul itu akan memudahkan calon-calon mengolah semula dalam bentuk penulisan pelaporan ataupun dalam bentuk bahan grafik seperti graf / carta pai.

Soalan-soalan dan perkara yang perlu ada dalam borang soal selidik / temubual perlulah berkait rapat dengan  tugasan yang dijalankan serta kandungan laporan kajian yang dibuat oleh calon-calon.

Contoh Dan Cara Buat Borang Temubual Atau Soal Selidik Kerja Kursus PT3 Geografi

Penulis di InfoDweb memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada calon-calon cara bagaimana membuat borang soal selidik atau temubual.

Berikut adalah contoh format dan di antara perkara-perkara yang perlu ada dalam Borang Soal Selidik berkaitan dengan tugasan kajian calon masing-masing   .

Nota Penting: Soalan-soalan dan perkara yang perlu ada dalam borang soal selidik / temubual ini dinyatakan apabila calon-calon telah mengenal pasti tugasan kajian yang diberikan

Sebagai contoh, penulis memilih jenis guna tanah bagi petempatan dan kesannya penulis mengutamakan banjir. Oleh itu soalan-soalan yang dinyatakan dalam borang soal selidik / temubual berkaitan dengan masalah banjir.

BORANG SOAL SELIDIK
KAJIAN:_____________________
KAWASAN:__________________


BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN
Arahan: Sila lengkapkan ruangan dan tandakan pada kotak jika berkenaan.

(A1) Nama Responden:___________________________
(A2) Alamat:_______________________________

(A3) Bangsa:
Melayu
Cina
India
Lain-lain. Sila nyatakan__________

(A4) Jantina:
Lelaki
Perempuan

(A5) Umur:
21 – 30 tahun
31 – 40 tahun
41 – 50 tahun
51 tahun ke atas

(A6) Pekerjaan:

Tidak Berkerja
Berkerja Sendiri
Penjawat Awam / Badan Berkanun
Pekerja Swasta

(A7) Pendapatan:
RM900 kebawah
RM900 – RM3000
RM3000 keatas


BAHAGIAN B: KAJIAN GUNA TANAH
Arahan: Sila lengkapkan ruangan dan tandakan pada kotak jika berkenaan (boleh ditandakan lebih daripada satu)

(B1) Berapa lamakah anda telah menetap di kawasan ini?

2 – 3 tahun
5 – 10 tahun
11 – 15 tahun
16 – 20 tahun
Lain-lain. Sila nyatakan_______________

(B2) Mengapa kawasan ini dipilih sebagai tempat tinggal anda?

Faktor kewangan
Faktor ekonomi
Faktor perhubungan
Faktor kekeluargaan
Lain-lain. Sila nyatakan___________________

(B3) Adakah kawasan ini pernah dilanda banjir?

Ya
Tidak

(B4) Apakah punca-punca berlakunya banjir di kawasan anda?

Pasang surut
Hujan
Paras tanah rendah
Adanya sungai yang berdekatan
Sistem peparitan yang tidak sempurna
Kekurangan kawasan lapang
Lain-lain. Sila nyatakan_________________________________

(B5) Berapakah lama masa yang diambil untuk air surut?

1 – 3 jam ke bawah
3 jam  – 24 jam
1 hari – 7 hari
1 minggu – 4 minggu
1 bulan keatas
Lain-lain. Sila nyatakan_________________________

(B6) Bagaimanakah anda boleh mengetahui banjir akan berlaku di kawasan anda?

Iklim / cuaca
Reaksi bintang
Kepercayaan tertentu
Sungai
Media elektronik
Media cetak
Ketua masyarakat / AJKK
Tidak tahu
Lain-lain. Sila nyatakan____________________________

(B7) Siapakah pihak yang sering memberi amaran tentang akan berlakunya banjir?

Polis
Jabatan Pengairan dan Saliran
Jabatan Penerangan
Media cetak
Media elektronik
Ketua Masyarakat / AJKK
Tidak ada
Lain-lain. Sila nyatakan________________________

(B8) Adakah anda merasakan cara pemberitahuan oleh pihak di atas (B7) berkesan?

Ya
Tidak
Tidak pasti

(B9) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menghadapi banjir?

Membina kolam takungan
Mendalamkan dan melebarkan sungai
Membina benteng dan tembok
Membersihkan parit yang tersumbat
Memperbaiki sistem peparitan
Lain-lain. Sila nyatakan___________________

(B10) Pada pandangan anda, apakah langkah yang paling berkesan untuk menghadapi masalah banjir?

____________________________________________________

(B11) Semasa berlakunya banjir, apakah kesulitan yang anda hadapi?

Tidak dapat pergi bekerja
Anak-anak tidak dapat ke sekolah
Tidak dapat berniaga
Pengangkutan dan perhubungan luar terjejas
Aktiviti sosial tergendala
Lain-lain. Sila nyatakan___________________

(B12) Adakah anda mengalami sebarang kerugian akibat kejadian banjir di kawasan anda?

Ya
Tidak

Jika YA, apakah bentuk  kerugian yang anda hadapi?

Rumah
Kenderaan
Tanaman
Binatang ternakan
Lain-lain. Sila nyatakan___________________

(B13) Apakah kesan-kesan banjir ke atas persekitaran dan masyarakat?

Kerosakan jalan raya
Kerosakan jambatan / titi
Sampah sarap merata-rata (pencemaran)
Lain-lain. Sila nyatakan___________________

(B14) Adakah anda mempunyai rancangan untuk berpindah ke tempat lain?

Akan berpindah
Mungkin berpindah
Tidak pasti
Tetap tinggal di sini


BAHAGIAN C: AKUAN / PENGESAHAN

Saya dengan ini mengesahkan bahawa maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik / temu bual ini adalah benar serta dilengkapkan oleh saya sendiri dan tiada paksaan dari mana-mana pihak.

Tandatangan:____________Tarikh:____________


TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA.

 

Nota
Contoh Borang Soal Selidik / Temubual / Tinjauan yang disertakan oleh Laman Web Info ini adalah lebih menjurus kepada masalah banjir selepas penulis memilih satu jenis guna tanah utama iaitu petempatan dan kesannya (contoh sahaja)
Borang kaji selidik yang disertakan ini adalah sebagai panduan, rujukan dan cetusan idea baharu kepada calon sahaja.
Sila buat borang soal selidik tersebut mengikut kesesuaian kandungan kajian calon masing-masing
Sila rujuk dengan guru terlibat bagi mendapatkan jumlah responden yang perlu di soal selidik atau temu bual.
Sekeping borang soal selidik mewakili satu / seorang responden.
Close