Siaran langsung Lee Chong Wei vs Kento Momota 2018 badminton terbuka Malaysia

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Disember 2018 jam 11:16 AM

Datuk Lee Chong Wei berdepan wakil Jepun, Kento Momota dalam saingan peringkat akhir (final) kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2018 yang dijadual berlangsung pada hari Ahad, 1 Julai 2018.

Pertembungan kedua-dua pemain bagi acara perseorangan ini dijadual berlangsung selepas Chong Wei menang 21-18, 21-15 ke atas Tommy Sugiarto (Indonesia) manakala Kento Momota menewaskan Srikanth Kidambi (India) 21-13, 21-13 pada pusingan separuh akhir.

Meskipun Kento Momota bukan pemain perseorangan pilihan untuk memenangi perlawanan ini, namun Lee Chong Wei pasti akan memberi aksi terbaik dalam usaha merealisasikan misi peribadinya untuk meraih gelaran ke-12 Terbuka Malaysia.

Datuk Lee Chong Wei turun beraksi dengan misi mahu meraih gelaran kali ke-12. Beliau mahu mencipta rekod dalam kejohanan ini dan menjadikan ia sesuatu yang mustahil untuk pemain lain mengatasinya.

Kini jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hanya tinggal selangkah untuk merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia ke-12 selepas berjaya melangkah ke aksi final menentang Kento Momota.

KEPUTUSAN TERKINI LEE CHONG WEI VS KENTO MOMOTA 1.7.2018 FINAL BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2018
Perlawanan peringkat akhir acara perseorangan badminton terbuka Malaysia 2018 membabitkan Datuk Lee Chong Wei (Malaysia) menentang Kento Momota (Japan) berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil. Perlawanan ini dijangka bermula pada jam 4 petang, Ahad.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan final badminton perseorangan lelaki Terbuka Malaysia 2018 di antara pemain Malaysia lawan (lwn) Jepun yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi perlawanan.
KEPUTUSAN MALAYSIA LWN JEPUN – FINAL BADMINTON MALAYSIA OPEN 2018
(MS) Perseorangan LelakiGame 1Game 2Game 3
 Lee Chong Wei2123
 Kento Momota1721
JUARA BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2018 – PERSEORANGAN LELAKI
 Lee Chong Wei