Siaran langsung Lee Chong Wei vs Tommy Sugiarto 2018 badminton terbuka Malaysia

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Disember 2018 jam 11:16 AM

Datuk Lee Chong Wei berdepan wakil Indonesia, Tommy Sugiarto dalam saingan peringkat separuh akhir bagi kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2018 yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 30 Jun 2018.

Pertembungan kedua-dua pemain bagi acara perseorangan ini dijadual berlangsung selepas Chong Wei menang mudah 21-17, 21-9 ke atas Viktor Axelsen (Denmark) manakala Tommy Sugiarto membuat kejutan menyingkirkan pemain pilihan kejohanan Shi Yuqi (China) dengan kemenangan 13-21 21-13 21-13 pada pusingan suku akhir.

Lee Chong Wei pasti akan memberi aksi terbaik pada perlawanan ini dalam usaha merealisasikan misi peribadinya untuk meraih gelaran ke-12 Terbuka Malaysia.

Datuk Lee Chong Wei turun beraksi dengan misi mahu meraih gelaran kali ke-12. Beliau mahu mencipta rekod dalam kejohanan ini dan menjadikan ia sesuatu yang mustahil untuk pemain lain mengatasinya.

KEPUTUSAN TERKINI LEE CHONG WEI VS TOMMY SUGIARTO SEPARUH AKHIR BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2018
Perlawanan peringkat separuh akhir acara perseorangan badminton terbuka Malaysia 2018 membabitkan Datuk Lee Chong Wei (Malaysia) menentang Tommy Sugiarto (Indonesia) berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil. Perlawanan ini dijangka bermula pada jam 5:05 petang, Sabtu.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan separuh akhir badminton perseorangan lelaki Terbuka Malaysia 2018 di antara pemain Malaysia lawan (lwn) Indonesia yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi perlawanan.
KEPUTUSAN MALAYSIA LWN INDONESIA – SEPARUH AKHIR BADMINTON MALAYSIA OPEN 2018
(MS) Perseorangan LelakiGame 1Game 2Game 3
 Lee Chong Wei2121
 Tommy Sugiarto1815