Siaran langsung Lee Chong Wei vs Viktor Axelsen 2018 badminton terbuka Malaysia

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Disember 2018 jam 11:16 AM

Datuk Lee Chong Wei berdepan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen dalam saingan peringkat suku akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2018 yang dijadual berlangsung pada hari Jumaat 29 Jun 2018.

Pertembungan kedua-dua pemain bagi acara perseorangan ini dijadual berlangsung selepas Chong Wei menang 21-7, 21-7 ke atas Lee Hyun-il (Korea Selatan) manakala Viktor Axelsen menewaskan Tanongsak Saensomboonsuk (Thailand) 23-21, 19-21, 21-11 pada pusingan kedua.

Viktor Axelsen merupakan pemain perseorangan pilihan untuk memenangi perlawanan ini, namun Lee Chong Wei pasti akan memberi aksi terbaik dalam usaha merealisasikan misi peribadinya untuk meraih gelaran ke-12 Terbuka Malaysia.

Datuk Lee Chong Wei turun beraksi dengan misi mahu meraih gelaran kali ke-12. Beliau mahu mencipta rekod dalam kejohanan ini dan menjadikan ia sesuatu yang mustahil untuk pemain lain mengatasinya.

Berdasarkan rekod pertemuan terakhir, kelebihan sedikit memihak kepada Chong Wei apabila mengatasi Axelsen yang juga juara dunia 2017 pada saingan Piala Thomas di Bangkok, Thailand, bulan lalu.

KEPUTUSAN TERKINI LEE CHONG WEI VS VIKTOR AXELSEN SUKU AKHIR BADMINTON TERBUKA MALAYSIA 2018
Perlawanan peringkat suku akhir acara perseorangan badminton terbuka Malaysia 2018 membabitkan Datuk Lee Chong Wei (Malaysia) menentang Viktor Axelsen (Denmark) berlangsung di  Arena Axiata Bukit Jalil. Perlawanan ini dijangka bermula pada jam 8:20 malam, Jumaat.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan suku akhir badminton perseorangan lelaki Terbuka Malaysia 2018 di antara pemain Malaysia lawan (lwn) Denmark yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi perlawanan.
KEPUTUSAN MALAYSIA LWN DENMARK – SUKU AKHIR BADMINTON MALAYSIA OPEN 2018
Perseorangan LelakiGame 1Game 2Game 3
 Lee Chong Wei2121
Viktor Axelsen179