Bila tarikh bayaran duit Bantuan Sara Hidup BSH 2019 dapat
Kerajaan baharu Malaysia (Pakatan Harapan) meneruskan pemberian skim bantuan kewangan kepada isi rumah yang berpendapatan rendah, namun ia bukan lagi dikenali dengan nama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH). Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Umum sedia maklum bahawa BR1M merupakan sebuah skim bantuan kewangan yang diilhamkan oleh kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk individu yang memperoleh pendapatan RM2,000 ke bawah, atau keluarga dengan perolehan bulanan RM3,000 dan kurang.
Skim bantuan kewangan Bantuan Sara Hidup 2019 kepada isi rumah berpendapatan rendah dinaikkan jumlahnya berbanding BR1M sebelum ini.
Isi rumah yang layak mendapat Bantuan Sara Hidup adalah mereka yang berjaya dalam pemohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini.
Jadual Tarikh Bayaran Duit Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019
Manfaat nilai bantuan kewangan Bantuan Sara Hidup 2019 pimpinan kerajaan Pakatan Harapan adalah mengikut pendapatan isi rumah yang ditetapkan seperti dalam jadual pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 di bawah.
ISI RUMAH | ||
Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah | ||
RM1000 | ||
Peringkat Bayaran | ||
Fasa 1 | RM300 | 28 Januari 2019 |
Fasa 2 | RM300 | 28 Mei 2019 |
![]() | ||
Fasa 3 | RM400 | 28 Ogos 2019 |
ISI RUMAH | ||
Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,001 hingga RM3,000 | ||
RM750 | ||
Peringkat Bayaran | ||
Fasa 1 | RM300 | 28 Januari 2019 |
Fasa 2 | RM150 | 28 Mei 2019 |
Fasa 3 | RM300 | Ogos |
ISI RUMAH | ||
Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 hingga RM4,000 | ||
RM500 | ||
Peringkat Bayaran | ||
Fasa 1 | RM300 | 28 Januari 2019 |
Fasa 2 | RM100 | 28 Mei 2019 |
Fasa 3 | RM100 | 28 Ogos 2019 |
Tarikh yang betul berhubung dengan agihan duit Bantuan Sara Hidup 2019 kepada penerima hanya akan dimaklumkan oleh kerajaan menerusi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) seterusnya akan dihebahkan oleh media arus perdana. |
Tarikh yang tepat pengkreditan duit Bantuan Sara Hidup kepada penerima turut akan dinyatakan dalam ruangan jadual di atas bersertakan maklumat / berita rasmi yang berkaitan. |
Agihan bayaran Bantuan Sara Hidup 2019 mengikut tarikh pembayaran adalah tertakluk kepada perubahan. Sekiranya berlaku perubahan, tarikh yang berkenaan akan dikemaskini dengan kadar segera. |
Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun bank, surat kelulusan akan diposkan ke alamat penerima dan seterusnya boleh ambil duit BSH tersebut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran. |
MAKLUMAT PENUH KADAR BANTUAN BSH 2019 DAN KATEGORI SERTA SYARAT KELAYAKAN |
RM1,000 + RM120 / Anak |
Isi Rumah |
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM2,000 dan ke bawah |
Warganegara (Menetap Di Malaysia Sahaja) |
Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya seperti perkara di bawah:- |
Berkahwin |
Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda / yang mempunyai tanggungan |
Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama) |
Kadar tambahan sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah, terhad kepada empat (4) orang sahaja |
RM750 |
Isi Rumah |
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM2,001 hingga RM3,000 |
Warganegara (Menetap Di Malaysia Sahaja) |
Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya seperti perkara di bawah:- |
Berkahwin |
Ibu atau Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda / yang mempunyai tanggungan |
Bujang yang mempunyai tanggungan (dalam rumah yang sama) |
RM500 |
Isi Rumah |
Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah: RM3,001 hingga RM4,000 |