Jenis-jenis guna tanah dan faktor guna tanah Geografi PT3 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:41 AM

Guna tanah bermaksud proses di mana tanah dinilai dan ditaksir untuk menjadi asas bagi keputusan yang melibatkan pelupusan tanah dan penggunaannya atau guna tanah boleh difahami secara umum sebagai penggunaan tanah bagi menjalankan suatu fungsi sosial, fizikal atau ekonomi di sesuatu kawasan.

Dalam erti kata lain, guna tanah merujuk kepada semua aktiviti manusia yang mengubah dan menyesuaikan permukaan tanah untuk memenuhi keperluan manusia.

Penilaian yang sistematik merupakan usaha untuk memilih dan menggunakan pilihan guna tanah yang terbaik untuk memenuhi keperluan dan dalam masa yang sama melindungi sumber untuk masa depan.

Contoh jenis guna tanah di antaranya ialah petempatan, perindustrian, perniagaan, pendidikan, pelancongan, pertanian dan perlombongan.

Berikut adalah maklumat jenis guna tanah dan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut yang boleh dijadikan panduan kepada calon-calon menjalankan kerja kursus PT3 Geografi 2018 (instrumen pelbagai) berhubung dengan perkara ini.

JENIS GUNA TANAH – PETEMPATAN
FAKTOR MEMPENGARUHI
1. Bentuk Muka Bumi – (tanah pamah) – memudahkan pembinaan jalan raya dan bangunan
2. Kegiatan ekonomi – peluang pekerjaan dan kewujudan kawasan perindustrian
3. Governan (kerajaan) dan pentadbiran – terdapat jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya  berkaitan pusat governan dan pentadbiran
JENIS GUNA TANAH – PERINDUSTRIAN
FAKTOR MEMPENGARUHI
1. Peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan – Kawasan berpenduduk padat akan membekalkan tenaga buruh yang murah dan mudah didapati – mahir / separuh mahir
2. Dapat mengeluarkan pelbagai jenis barangan keperluan penduduk untuk gantikan barangan import
3. Galakkan pertumbuhan kegiatan pertanian, perlombongan, pembalakan dan perikanan – sumber bahan mentah industri
4. Kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan – Kemudahan perhubungan dan pengangkutan darat, udara dan air untuk penghantaran bahan mentah, barangan kilang yang siap, tenaga buruh, urusan import dan eksport barangan atau sistem telekomunikasi yang memudahkan perhubungan antara pembekal-pengedar.
5. Dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara supaya tak terlalu bergantung kepada eksport seperti getah, kelapa sawit, bijih timah dan kayu-kayan
6. Hasil eksport barangan kilang dapat tambah hasil pendapatan negara sumber pertukaran wang asing
7. Dasar Kerajaan – Amalkan berbagai dasar insentif untuk galakkan pelabur asing datang melabor dengan cara kenakan sewa / cukai tanah yang murah dan pengecualian cukai ke atas barangan yang dihasilkan dan mewujudkan Zon Perdagangan Bebas Cukai.
JENIS GUNA TANAH TUJUAN PELANCONGAN
FAKTOR MEMPENGARUHI
1. Pandangan darat semula jadi yang menarik seperti pantai berpasir, bukit peranginan, gua batu kapur, dan taman negara
2. Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum yang kaya dengan pelbagai kebudayaan dan perayaan
3. Terdapat bangunan yang cantik dan bersejarah
4. kaya dengan pelbagai jenis makanan untuk dinikmati oleh para pelancong
5. Terdapat kemudahan seperti hotel, pusat beli-belah, agensi pelancongan, dan sistem pengangkutan dan perhubungan yang baik
JENIS GUNA TANAH TUJUAN PERNIAGAAN
FAKTOR MEMPENGARUHI
1. Keadaan ekonomi – ekonomi bergantung kepada keadaan politik dalam dan luar negara, lebih banyak perniagaan akan dijalankan semasa keadaan ekonomi stabil.
2. Peraturan dan undang-undang – kestabilan peraturan dan undang-undang meningkatkan keyakinan pelaburan dalam perniagaan.
3. Pembekal – kecekapan pembekal dapat menjayakan perniagaan.
4. Pelanggan – kepuasan pelanggan dapat meningkatkan kejayaan perniagaan.
5. Pekerja – kemahiran, pengalaman dan hal ehwal pekerja dapat mempengaruhi kejayaan perniagaan.
6. Teknologi – penggunaan teknologi yang bersesuaian dapat mempermudahkan dan mempercepatkan urusan perniagaan.
7. Pesaing – peniaga-peniaga berdekatan yang menjual barangan yang sama.
8. Pengusaha – sifat baik yang perlu ada pada seorang pengusaha ialah amanah, cekap, jujur, sopan dan berdisiplin.
JENIS GUNA TANAH – PERTANIAN
FAKTOR MEMPENGARUHI
FAKTOR FIZIKAL

1. Iklim dan Cuaca

(a) Suhu yang tinggi sepanjang tahun sesuai untuk pertumbuhan tanaman padi, getah, kelapa sawit dan koko.
(b) Hujan lebat sepanjang tahun membantu tumbesaran tanaman terutamanya yang memerlukan banyak air seperti padi sawah.
(c) Sinaran matahari sepanjang tahun menjamin proses fotosintesis berlaku sepenuhnya.

2. Sistem Saliran

(a) Adanya sungai membolehkan dibina empangan, parit dan tali air untuk mengairi kawasan pertanian bagi menjamin bekalan berterusan.
(b) Saliran tanah, iaitu tanih yang berupaya menakung air sesuai untuk tanaman padi sawah – tanih yang tidak menakung air sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.

3. Bentuk Muka Bumi dan Tanih

(a) Tanah pamah dari jenis aluvium – padi
(b) Tanah pamah beralun dari jenis laterit – getah dan kelapa sawit
(c) Tanah tinggi – tanaman sayuran dan teh

FAKTOR KEMANUSIAN

1. Ekonomi
(a) Berkaitan dengan pasaran, permintaan dan penawaran dan kuasa beli pengguna.
(b) Permintaan yg tinggi daripada negara besar membolehkan sektor pertanain berkembang pesat.

2. Sosial
(a) Meliputi bekalan tenaga buruh, kemudahan asas dan elemen budaya dan adat resam.
(b) Tenaga buruh diperlukan bagi melaksanakan pelbagai tugas di semua peringkat pengeluaran hasil tani.
(c) Kemudahan pengangkutan diperlukan untuk membolehkan hasil tani dipasarkan dengan cepat supaya kualitinya dapat dikekalkan.
(d) Adat pemecahan tanah pusaka mengecilkan saiz tanah pertanian – menjadikannya tidak ekonomik.

3. Governan (kerajaan)
(a) Melibatkan penggubalan dasar, polisi dan usaha kerajaan dalam memajukan sektor pertanian.
(b) Dasar Pertanian Negara – menjadikan sektor pertanian penting dalam membekalkan sumber makanan negara.
(c) Kemudahan kredit dan pemberian subsidi kepada pertani.
(d) Mewujudkan pelbagai agensi kerajaan dalam membantu memajukan sektor pertanian spt Jabatan Pertanian (khidmat nasihat), FAMA, BERNAS, MPOPC (pemasaran) dan MARDI, RRIM (penyelidikan).

4. Teknologi
(a) Bidang bioteknologi menghasilkan kaedah moden dan benih/baka baru yang bermutu tinggi.

5. Prasarana
(a) Kemudahan sistem pengairan membekalkan bekalan air di kawasan pertanian.
Jaringan pengangkutan membolehkan hasil pertanian dibawa ke kilang untuk diproses dan dipasarkan dengan cepat.

JENIS GUNA TANAH – PERLOMBONGAN
FAKTOR MEMPENGARUHI