Harga minyak mingguan bulan Julai 2019 Petrol RON95 RON97 Diesel

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 5 Julai 2019 jam 07:30 PM

terkini harga minyak

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini kembali menetapkan mekanisme harga minyak runcit secara mingguan bermula Januari 2019 susulan dengan penurunan harga minyak mentah global secara berterusan sejak kebelakangan ini.

Seperti yang diketahui umum, mekanisme penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan dibuat bagi membolehkan pengguna menikmati perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di peringkat pasaran dunia.

Melalui penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan, ianya berdasarkan harga minyak mentah global. Sekiranya meningkat, harga minyak runcit di pam akan turut meningkat. Sebaliknya jika harga minyak mentah global menurun, harga minyak runcit di pam turut sama menurun.

Perincian Harga Minyak Minggu Ini Petrol RON95 RON97 Dan Diesel Tahun 2019

Perincian harga Petrol RON95, RON97 dan Diesel bagi setiap minggu terkini akan dikemaskini sekitar jam 6 petang atau sebelum mengikut harga yang diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Sila rujuk pada maklumat di bawah.

HARGA RUNCIT PRODUK PETROLEUM | RM – PER LITER
Paparan Harga Runcit Secara Mingguan 2019
Minggu ini
6 Julai – 12 Julai
RON95Minggu Lepas
29 Jun – 5 Julai
RM2.08</0.00¢RM2.08
Minggu ini
6 Julai – 12 Julai
RON97Minggu Lepas
29 Jun – 5 Julai
RM2.53+0.04¢RM2.49
Minggu ini
6 Julai – 12 Julai
DIESELMinggu Lepas
29 Jun – 5 Julai
RM2.18</0.00¢RM2.18
Info Harga terkini bagi setiap liter Petrol (RON95 / RON97) dan minyak Diesel seperti paparan di atas, akan berkuat kuasa (efektif) bermula dari jam 12:01 awal pagi, Sabtu 6 Julai 2019 hingga tarikh 12 Julai 2019 , jam 11:59 malam.