Harga tiket final Piala FA 2019 Kedah vs Perak 27 Julai 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 2 Oktober 2019 jam 06:22 PM

ticket pinal piala fa 2019 kedah perak

Persatuan Bola Sepak Kedah dan Persatuan Bola Sepak Perak masing-masing akan mendapat peruntukan tiket dari jumlah keseluruhan 80,000 keping tiket dengan jumlah sama rata untuk penyokong mereka bagi perlawanan akhir Piala FA musim 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada hari Sabtu 27 Julai 2019

Harga tiket final Piala FA Malaysia 2019 adalah berharga RM50 sekeping untuk dewasa manakala RM5 sekeping untuk kanak-kanak (kanak-kanak bawah 12 tahun).

Harga rasmi tiket final Piala FA 2019 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti akan diumumkan oleh Malaysia Football League (MPL) dalam sidang media yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini.

Penjualan tiket untuk penyokong kedua-dua pasukan akan mula dijual di stadium negeri masing-masing dengan pembelian dihadkan kepada empat tiket seorang.

Sementara itu, peruntukkan sejumlah 18,000 tiket dewasa dan 500 tiket kanak-kanak turut akan dijual secara dalam talian (online) melalui laman sesawang www.tickethotline.com.my (tiket Vip) dan https://shopee.com.my (tiket biasa) bermula pada tarikh yang akan ditetapkan.

Kedah mara ke final Piala FA Malaysia 2019 selepas menyingkirkan Felda United dengan kelebihan gol ditempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat keputusan seri aggregate manakala Perak pula menang agregat 4-3 ke atas pasukan pilihan Pahang.

Info Tarikh Penjualan Dan Harga Tiket Final Piala FA 2019 Kedah Lwn Perak

Berikut adalah ringkasan maklumat berhubung dengan jumlah peruntukan dan tarikh penjualan tiket perlawanan akhir Shopee Piala FA Malaysia 2019 yang membabitkan pasukan Kedah menentang Perak.

Pasukan9:00PMPasukan
Perak Perak FAKedah FA Kedah
Stadium Nasional Bukit Jalil
DewasaHarga TiketKanak-Kanak
RM50RM5 
JUMLAH KESELURUHAN TIKET FINAL PIALA FA 2019 – 80,000 KEPING
JUMLAH PERUNTUKAN TIKET SETIAP PASUKAN – PEMBELIAN DI STADIUM
Perak FAPERAK

Dewasa
30,000
Kanak-Kanak
750
Kedah FAKEDAH

Dewasa
30,000
Kanak-Kanak
750
LOKASI PEMBELIAN TIKET SECARA TERUS
Perak FA Penyokong PerakKaunter tiket – Stadium Perak, Ipoh
Kedah FA Penyokong KedahKaunter tiket – Stadium Darul Aman
Info Penjualan tiket dilakukan serentak di Stadium Negeri masing-masing bermula jam 9 pagi, pada tarikh yang bakal dimaklumkan. (akan dikemaskini)
JUMLAH PERUNTUKAN TIKET JUALAN ONLINE 
18,000 (Dewasa)
500 (Kanak-Kanak)

Tiket Vip
www.tickethotline.com.my
Tiket Biasa
https://shopee.com.my
Info Pembelian tiket secara online boleh di buat melalui laman web yang dinyatakan bermula jam 9 pagi pada tarikh yang bakal dimaklumkan (akan dikemaskini)
Info Penebusan – Kaunter tiket pintu A, Stadium Nasional Bukit Jalil bermula tarikh ?  sehingga hari perlawanan jam 10 pagi hingga 6 petang.