Harga tiket final Piala Malaysia 2019 JDT vs Kedah

harga tiket final piala malaysia 2019

Teka-teki pasukan manakah yang beraksi di pentas final Piala Malaysia 2019 sudahpun terjawab selepas tamatnya aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2019 yang menyaksikan Kedah dan JDT telah menyingkirkan lawan masing-masing sekaligus kedua-dua pasukan ini akan berentap bagi merebut kejuaraan serta menjulang trofi berprestij Piala Malaysia 2019.

Ekoran pertembungan kedua-dua pasukan ini di perlawanan akhir Piala Malaysia 2019, Persatuan Bola Sepak Kedah dan Pengurusan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) masing-masing akan mendapat peruntukan tiket dari jumlah keseluruhan keping tiket dengan jumlah sama rata untuk penyokong mereka bagi menonton perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 yang di jadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Sabtu 2 November 2019.

Harga Rasmi Tiket Final Piala Malaysia 2019 JDT Lwn Kedah

Harga tiket final Piala Malaysia 2019 adalah berharga RM50 sekeping untuk dewasa manakala RM5 sekeping untuk kanak-kanak (kanak-kanak bawah 12 tahun).

Harga rasmi tiket final Piala Malaysia 2018 nanti akan diumumkan oleh pengurusan Football Malaysia League (MFL) dalam masa terdekat ini.

Sebagai makluman, penjualan tiket kedua penyokong Kedah mahupun JDT akan mula dijual di stadium negeri masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan dengan pembelian dihadkan kepada empat tiket seorang.

Sementara itu, peruntukkan sejumlah tiket dewasa dan tiket kanak-kanak turut akan dijual secara dalam talian (online) melalui laman sesawang www.tickethotline.com.my.

Mengenai perjalanan ke final Piala Malaysia 2019, Kedah mara ke final Piala Malaysia 2019 selepas menyingkirkan Pahang dalam perlawanan penuh dramatik yang menyaksikan kedua-kedua pasukan terikat dengan keputusan seri aggregat 8-8, namun Kedah layak selepas ditentukan melalui peraturan kelebihan jumlah jaringan gol di tempat lawan.

Manakala JDT pula melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 dengan penuh bergaya apabila menewaskan Selangor dengan agregat 5-1.

Berikut merupakan ringkasan maklumat berhubung dengan jumlah peruntukan serta tarikh penjualan tiket perlawanan Piala Malaysia 2019 yang membabitkan pasukan Kedah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pasukan Final Pasukan
KedahKedah FA JDT 1JDT
Stadium Nasional Bukit Jalil – 2 November 2019
Dewasa Harga Tiket Kanak-Kanak
RM50 RM5
JUMLAH KESELURUHAN TIKET FINAL PIALA MALAYSIA 2019 – ? KEPING
JUMLAH PERUNTUKAN TIKET SETIAP PASUKAN – PEMBELIAN DI STADIUM
Kedah FAKEDAH

Dewasa
?
Kanak-Kanak
?
JDT 1JDT

Dewasa
?
Kanak-Kanak
?
LOKASI PEMBELIAN TIKET SECARA TERUS
Kedah FAPenyokong Kedah Kaunter tiket – Stadium Darul Aman
JDT 1Penyokong JDT Kaunter tiket – Stadium Larkin
InfoPenjualan tiket dilakukan serentak pada tarikh yang akan dimaklumkan (akan dikemaskini)
JUMLAH PERUNTUKAN TIKET JUALAN ONLINE 
? [Dewasa]
? [Kanak-Kanak]

Tiket Online
www.tickethotline.com.my
InfoPembelian tiket secara online boleh di buat melalui laman web yang dinyatakan ( tarikh akan dikemaskini)
InfoPenebusan – Penebusan tiket online (tarikh dan lokasi penebusan akan dikemaskini)
InfoNota Penting – Maklumat jumlah peruntukkan, tarikh penjualan dan harga rasmi tiket final Piala Malaysia 2019, akan dilengkapkan selepas perkara ini diumumkan oleh Malaysia Football League (FML) harap maklum.
Close