Permohonan i-suri KWSP dan semakan ekasih terkini

Permohonan pendaftaran bagi program caruman sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat bermula pada hari Rabu, 15 Ogos 2018 oleh suri rumah, balu dan ibu tunggal yang layak berdasarkan kriteria ditetapkan.

Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang layak perlu mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai skim ini dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP yang berhampiran di seluruh negeri.

Suri rumah, balu dan ibu tunggal yang profilnya didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih), boleh menyertai i-Suri dan membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan.

Caruman tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan persaraan ahli bagi melayakkan ahli menerima insentif kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP.

Dalam pada itu, individu yang layak mendaftar i-Suri akan menikmati manfaat yang sama seperti ahli KWSP lain.

I-Suri merupakan sebuah program sukarela insentif, memberi manfaat yang sama seperti ahli KWSP lain seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluaran umur 50, 55 dan 60, bantuan hilang upaya dan bantuan kematian disamping insentif kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan.

TARIKH PENDAFTARAN i-Suri KWSP DIBUKA
15 Ogos 2018
KELAYAKAN PENDAFTARAN i-Suri KWSP
1. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun
2. Belum mencapai umur 60 tahun
3. Warganegara Malaysia
4. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam eKasih setakat 30 Jun 2018, termasuk;
4.1 Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
4.2 Balu, bercerai atau bujang
SEMAKAN PENDAFTARAN e-Kasih SECARA ONLINE
eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Untuk membuat semakan pendaftaran eKasih secara dalam talian (online) sila klik pada judul pautan di bawah:-
Semakan Pendaftaran eKasih Secara Online
Bagi maklumat lanjut mengenai eKasih, sila menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di talian 03-80008000 atau mengunjungi cawangan KWSP di seluruh negeri untuk maklumat berkenaan i-Suri.
RINGKASAN MAKLUMAT PROGRAM SUKARELA INSENTIF (SURI)
SURI menyasarkan suri rumah kepada Ketua Isi Rumah (KIR), ibu tunggal, balu dan wanita bujang yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.
Kerajaan akan menyumbang RM40 sebulan bagi setiap caruman sukarela dengan jumlah minimum RM5 ke akaun KWSP.
Mereka yang mendaftar dengan e-Kasih secara automatik layak menerima insentif ini, bagaimanapun perlu membuka akaun KWSP terlebih dahulu dengan hanya mencarum minimum RM5.
Pendaftaran ahli KWSP / i-Suri bagi individu yang layak bermula 15 Ogos 2018 dan boleh dibuat di cawangan KWSP yang berhampiran di seluruh negeri.
MAKLUMAT LENGKAP INSENTIF i-Suri KWSP
Bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenai program caruman sukarela Insentif Suri (i-Suri) KWSP, sila rujuk kepada lampiran infografik di bawah.
Close