Intipati bajet 2020 pembentangan belanjawan Malaysia

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 22 Mei 2019 jam 12:52 AM

intipati bajet 2020 malaysia

Bajet 2020, pastinya amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia memandangkan ianya akan dibentangkan buat kali kedua (ke-2) oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH). Intipati bajet menjadi fokus dalam kalangan rakyat dan penganalisis kewangan. Mengambil kira betapa penting­nya bajet tahunan, kerajaan sebaik mungkin melibatkan rakyat dalam penggubalan bajet tahunan negara.

Strategi belanjawan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pastinya berhemat dan mesra golongan berpendapatan rendah, adil serta saksama selain bertujuan untuk menyusun semula ekonomi negara melalui meritokrasi dan persaingan.

Intipati Bajet yang akan dibentangkan diharap mampu memulakan satu ekosistem baharu yang akan menyampaikan keadilan serta kesamarataan bagi semua sektor ekonomi merangkumi golongan pekerja, permodalan dan usahawan.

Berdasarkan tinjauan umum, dua permintaan paling popular yang diharapkan oleh rakyat Malaysia dalam Bajet 2020 adalah peluang pekerjaan yang lebih luas dan harga barang diturunkan kerana kenaikan harga barang dan peluang kerja yang terhad boleh mengakibatkan berlakunya peningkatan kos sara hidup yang jika tidak ditangani dengan baik akan membebankan rakyat.

Rakyat kini berhadapan dengan kenaikan harga barang sehingga ia boleh membebankan dan kerana itu bajet yang akan dibentangkan perlu berhemah serta menjaga kebajikan rakyat. Selain itu, kerajaan Pakatan Harapan juga perlu mengambil pendekatan dengan menurunkan harga minyak bagi membantu golongan berpendapatan rendah mengurangkan kos sara hidup.

Perkara-perkara lain yang diharapkan dalam Bajet 2020 adalah seperti perkhabaran gembira buat penjawat awam, rumah mampu milik, pendidikan, kesihatan, aspek keselamatan dan agenda sosial.

Keseluruhannya, harapan rakyat dalam pembentangan bajet sudah tentu inginkan strategi yang benar-benar berkesan untuk menangani isu kos sara hidup termasuklah dalam hal pendidikan dan kesihatan. Namun rakyat perlu bersedia sekiranya tidak banyak insentif akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2020.

Apa yang penting, sebarang jangkaan dan harapan rakyat perlu berada dalam ruang lingkup kedudukan kewangan kerajaan dalam mengagihkan peruntukan Bajet 2020 kepada semua sektor secara adil, cekap dan berkesan.

Senarai Kandungan Intipati Belanjawan Malaysia Bajet 2020

Berikut adalah ringkasan isi-isi penting berkaitan dengan kandungan intipati bajet Malaysia 2020 yang akan dikemaskini semasa pembentangan berlangsung manakala intipati penuh boleh didapati sebaik sahaja pembentangan belanjawan Malaysia selesai.

BELANJAWAN MALAYSIA – BAJET 2020 
INFO
Intipati Pembentangan Belanjawan Malaysia 2020