Jadual pembayaran gaji tahun 2019-2020 penjawat awam kerajaan

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 2 Oktober 2019 jam 09:58 AM

gaji kerajaan penjawat awam

Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak dan keadaan ini tidak mengira sama ada individu itu berpendapatan besar ataupun kecil.

Sehubungan dengan itu, jadual pembayaran gaji bulanan bagi penjawat awam atau kakitangan awam kerajaan yang dikeluarkan menerusi surat pekeliling Akauntan Negara Malaysia (ANM) dapat membantu penjawat awam merancang dan menguruskan perbelanjaan isi rumah mahu peribadi dengan lebih efisen selain membuat simpanan kewangan untuk masa depan serta di waktu kecemasan.

Merancang kewangan sebenarnya melibatkan masa depan, kerana di masa depan, pelbagai kemungkinan boleh berlaku iaitu yang memerlukan pengaliran wang keluar atau wang masuk.

Melalui perancangan yang betul, ia boleh membuatkan kita berada di situasi sebenar, malah keadaan ini juga dapat membuatkan kita tidak bertindak secara melulu semasa membuat keputusan mengenai kewangan.

Bagaimanapun ada segelintir penjawat awam yang tersilap langkah dengan membuat perbelanjaan melebihi kemampuan diri. Harus diingatkan bahawa keadaan itu sebenarnya menjerat diri sendiri dan boleh memberikan tekanan kepada diri.

Perincian Jadual Dan Tarikh Bayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam Malaysia 2019

Berikut adalah jadual pembayaran gaji bulanan penjawat berdasarkan surat pekeliling Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2019 sepertimana dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

JADUAL TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULANAN KAKITANGAN AWAM TAHUN 2019
Tahun Baru Cina 5 & 6 Februari 2019
 JANUARI FEBRUARI MAC
24.1.201925.02.201925.03.2019
KhamisIsninIsnin
Hari Gawai 1 & 2 Jun 2019 
Hari Raya Aidilfitri 5 & 6 Jun 2019 
Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2019
 APRIL MEI JUN
25.4.201923.5.201925.06.2019
KhamisKhamisSelasa
Hari Raya Aidiladha 11 Ogos 2019
 JULAI OGOS SEPTEMBER
25.07.201922.08.201925.09.2019
KhamisKhamisRabu
Hari Deepavali 27 Oktober 2019
 OKTOBER NOVEMBER DISEMBER
17.10.201925.11.201918.12.2019
KhamisIsninRabu
Hari Krismas 25 Disember 2019 
PDFBuka Pautan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia – Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2019
INFO BERKAITAN
Buka Pautan Kalendar Malaysia Tahun 2019 – Tarikh Cuti Umum Dan Jadual Hari Kelepasan Setiap Negeri
Buka Pautan Kalendar Hijrah Bulan Islam Tahun 2019-1140H Malaysia Dan Tarikh Penting Dalam Islam
Buka Pautan Jadual Persekolahan Dan Tarikh Cuti Sekolah Tahun 2019