Contoh jadual kerja dan kerangka kasar kerja kursus PT3 Geografi 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Disember 2018 jam 11:15 AM

Jadual kerja ialah satu lampiran senarai tugas yang perlu disediakan oleh calon-calon PT3 yang terlibat dengan Instrumen pelbagai (kerja kursus) bagi subjek Geografi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2018.

Perancangan jadual kerja mestilah sistematik supaya kerja kursus kawasan kajian yang diberikan itu dapat berjalan lancar mengikut tempoh mahupun masa yang ditetapkan.

Tujuan jadual kerja adalah untuk memastikan kerja kursus kawasan kajian dapat dijalankan dengan teratur dan sistematik di samping untuk tidak membazirkan masa.

Bagi tahun 2018 semua calon-calon PT3 telah diberikan Instrumen pelbagai (kerja kursus) bagi subjek Geografi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), kajian guna tanah.

JADUAL KERJA
TarikhAktivitiCatatan
Menerima kertas soalan dan panduan pelaksanaan kajian.
Tajuk: Guna tanah di kawasan kajian (nama kawasan kajian)
Sesi perbincangan bersama guru bagi merangka pelaksanaan tugasan yang perlu dilakukan.
Menerima taklimat berhubung dengan perlaksaan tugasan kajian.
Membuat catatan (nota kecil) terhadap penerangan yang diberikan oleh guru.
Bertindak dengan mengumpul maklumat tentang kawasan kajian.
Berbincang dengan guru hasil maklumat yang diperoleh.
Menyediakan borang temubual / soal selidik dengan perkara yang berkaitan kawasan kajian.
Melukis dan mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian.
Mengadakan sesi temubual / soal selidik jiran-jiran dan penduduk setempat (responden) tentang kesan guna tanah terhadap alam sekitar di kawasan kajian.
Mengadakan sesi temubual / soal selidik terhadap jiran-jiran dan penduduk setempat (responden mengenai cadangan tentang usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah terhadap alam sekitar di kawasan kajian
Membuat analisis maklumat yang diperoleh daripada temubual / soal selidik responden.
Menghasilkan bahan grafik seperti graf / carta pai yang sesuai.
Menulis nota kecil hasil dari maklumat kawasan kajian yang diperoleh.
Membuat pelaporan lengkap terhadap kawasan kajian yang merangkumi:-

(1) Latar belakang kawasan kajian.
(2) Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian.
(3) Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian.
(4) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut.
(5) Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji.
(6) Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut.

Membuat semakan dan penambahbaikan kajian.
Menghantar hasil pelaporan kajian kepada guru.
KERANGKA KASAR
BilPerkaraHuraian
Bersambung / akan dikemaskini