Siaran langsung keputusan JDT TMJ vs JDT Rest Of The World 30 Jun 2019

JDT All Stars Friendly 2019

Perlawanan amal membabitkan pasukan JDT TMJ dan JDT Rest of the World pasti menjadi tumpuan kerana ianya membabitkan penyertaan daripada barisan pemain ternama legenda bola sepak dunia.

Mengenai perlawanan amal ini, Legenda Brazil, Ronaldo akan menyertai pasukan JDT TMJ yang turut dibarisi oleh , Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Robert Pires, Marco Materazzi, Cambiasso, Claude Makalele, Florent Malouda dan ramai lagi.

Berdasarkan kenyataan dari laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers, TMJ akan bermain di posisi tengah menyerang juga akan bergandingan dengan bekas pemain tengah Argentina, Esteban Cambiasso dan dua pertahanan dari Itali, Marco Materazzi serta Gianluca Zambrotta.

Pemain JDT iaitu Adam Nor Azlin, Hariss Harun, Haziq Nadzli, Safawi Rasid, Akyar Rashid dan beberapa pemain Harimau Selatan lain turut terlibat dengan menjadi pemain simpanan.

Manakala lawan mereka iaitu JDT Rest of The World dibarisi Bebeto, Edgar Davids, Rivaldo malah turut menyaksikan penjaga gol mereka iaitu Izham Tarmizi selain Syazwan Andik dan Aidil Zaquan Adha Abd. Razak juga membarisi kesebelasan utama pasukan.

Objektif utama perlawanan amal antara Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan JDT Rest of the World adalah untuk mengutip dana bagi disalurkan kepada tiga persatuan kanser di Malaysia dan tiket perlawanan ini berharga tiket RM20, RM30 dan RM50.

Perlawanan amal anjuran PBNJ dan Kelab Bola Sepak JDT yang julung kalinya diadakan ini sudah pasti menjadi perlawanan yang dinanti-nantikan apabila dibarisi lagenda bola sepak dunia yang terkenal pada suatu ketika dahulu.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh JDT TMJ Lwn JDT Rest Of The World

Berikut merupakan keputusan semasa dan terkini perlawanan amal JDT All Stars 2019 membabitkan pasukan JDT TMJ lawan (lwn) JDT Rest Of The World yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI JDT TMJ VS JDT REST OF THE WORLD – JDT ALL STARS FRIENDLY 2019
Aksi perlawanan amal (persahabatan) melibatkan pasukan JDT TMJ melawan JDT Rest Of The World berlangsung pada hari Ahad, 30 Jun 2019 bermula pada jam 8:45 malam bertempat di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin
Pasukan 8:45PM Pelawat
JDT TMJ JDT 1 9 5 JDT 1 JDT ROTW
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos
Penjaring Gol Penjaring Gol
Penjaring Gol Penjaring Gol
Close