Siaran langsung keputusan JDT vs Bangkok United 20 Januari 2019 persahabatan

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Oktober 2019 jam 07:55 PM

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bertandang ke Thailand dalam siri perlawanan pra-musim dengan menentang pasukan Bangkok United FC di Stadium Thammasat pada hari Ahad, 20 Januari 2019.

Kelab bola sepak Liga Thailand masih menjadi pilihan buat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengadakan perlawanan persahabatan pramusim bagi tahun 2019.

Corak permainan, tahap bola sepak yang berkualiti dan jarak yang tidak terlalu jauh dengan Malaysia merupakan di antara faktor kelab bola sepak Thailand menjadi pilihan.

Selain itu, perlawanan pramusim juga menjadi medan buat barisan kejurulatihan menguji taktikal dan membentuk keserasian antara pemain serta mempersiapkan pasukan JDT untuk mengharungi saingan domestik yang kian mencabar tahun demi tahun.

Sebagai info, JDT telah merancang 3 buah perlawanan persahabatan dengan bertemu Ratchaburi Mitrphol FC, Bangkok United FC dan PTT Rayong FC bermula 17 hingga 23 Januari 2019

Bangkok United merupakan naib juara Liga Thai 1 dan PTT Rayong FC pula merupakan juara divisyen dua bola sepak Thailand musim 2018.

JDT semestinya akan menjadikan perlawanan pramusim ini untuk mempersiapkan sebuah skuad yang terbaik bagi mengharungi saingan Liga Juara-Juara AFC dan juga misi mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimiliki.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS BANGKOK UNITED FC FC 20.1.2019 PERSAHABATAN PRAMUSIM
Aksi perlawanan persahabatan pra-musim melibatkan pasukan JDT melawan Bangkok United FC berlangsung pada hari Ahad di Stadium Thammasat bermula jam 7 malam mengikut waktu di Malaysia.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan persahabatan pra-musim antara JDT lawan (lwn) Bangkok United FC yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Bangkok Utd22JDT
Stadium Thammasat
Penjaring GolPre-seasonPenjaring Gol
58′ Mike Havanaar
85′ Teeratep
Syafiq Ahmad 11′
Aarón Ñíguez 38′