Siaran langsung keputusan JDT vs Felda United 5 April 2019

result live jdt felda liga super

Aksi saingan Liga Super Malaysia 2019 kini telah memasuki perlawanan minggu ke-8 (LS8) yang turut menyaksikan skuad Harimau Selatan atau Johor Darul Ta’zim menerima kunjungan pasukan Felda United FC dalam perlawanan yang telah dijadual berlangsung untuk kedua-dua pasukan pada hari Jumaat, 5 April 2019.

Pada aksi ini, pasukan JDT sudah tentu akan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi menghadiahkan kemenangan kepada penyokong setia sekaligus dapat meraih tiga mata berharga yang akan melonjakkan kedudukan mereka untuk menakluki persada Liga Super 2019.

Biarpun mempunyai kelebihan, JDT tidak seharusnya memandang rendah terhadap keupayaan Felda United malah mereka perlu berwaspada dengan ancaman barisan serangan Felda United yang mampu mencipta kejutan luar jangka dalam usaha mereka mahu meraih tiga mata berharga di tempat lawan untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam carta Liga Super 2019.

Dalam pada itu, pertemuan Liga Super membabitkan JDT dan Felda United FC sememangnya menjadi tumpuan serta dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Kedudukan pasukan dalam carta Liga Super 2019 setakat tujuh perlawanan sebelum ini menyaksikan JDT berjaya menempatkan kedudukan mereka di tempat ke-2 Liga dengan 17 mata manakala Felda United pula menghuni tempat ke-10 Liga dengan kutipan 6 mata.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh JDT lwn Felda United Liga Super 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-8 Liga Super Malaysia 2019 (LS8) membabitkan pasukan JDT lawan (lwn) Felda United yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS FELDA UNITED 5.4.2019 LS8
Aksi minggu ke-8 saingan Liga Super Malaysia 2019 melibatkan pasukan JDT melawan Felda United berlangsung pada hari Jumaat bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin .
Tuan Rumah Masa Penuh Pelawat
JDT JDT 1 3 1 Felda United FC Felda Utd
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin 
Penjaring Gol Penjaring Gol
Penjaring Gol 88′ Gonzalo Cabrera
Penjaring Gol 90+3′ Akhyar Rashid
Penjaring Gol 90+10′ Diogo
Jocinei 90+1′ Penjaring Gol

 

INFO BERKAITAN
Buka Pautan Kedudukan Carta Terkini Liga Super Malaysia 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan
Close