Siaran langsung keputusan JDT vs Gyeongnam FC 22 Mei 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 4 Oktober 2019 jam 05:45 PM

Result Live JDT Gyeongnam FC ACL

Saingan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) bagi kumpulan E kini telah memasuki perlawanan terakhir (ke-6) sambil menyaksikan wakil Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang pasukan kelab dari Korea, Gyeongnam FC dalam perlawanan yang telah dijadual berlangsung pada hari Rabu, 22 Mei 2019.

Pasukan Gyeongnam FC adalah kelab seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) yang baharu menyertai ACL buat pertama kali namun JDT pastinya tidak akan memandang rendah kemampuan lawannya dalam mengawal dan menguasai permainan.

Selepas mempamerkan aksi terbaik apabila menewaskan kelab Jepun (Kashima Antlers) tempoh hari, seluruh peminat dan penyokong setia skuad Harimau Selatan mengharapkan JDT memanfaatkan perlawanan terakhir kumpulan E dengan mencipta kemenangan ataupun keputusan positif dalam perlawanan ini.

Tetapi perlawanan ini adalah berlainan dari aksi sebelumnya, di mana JDT perlu kekal fokus supaya dapat bermain sebagai satu pasukan dan keluarga.

Berdasarkan kedudukan pasukan dalam kumpulan E saingan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL), JDT tiada pilihan selain mencipta kemenangan bagi menghidupkan peluang dan laluan serta mengharapkan keajaiban akan berlaku bagi melayakkan mereka ke pusingan 16 pasukan terbaik.

JDT kini menghuni kedudukan terakhir kumpulan E dengan empat mata selepas mencatatkan 1 kemenangan dan satu seri sepanjang mengharungi 5 perlawanan sebelum ini.

Apa pun seluruh peminat dan penyokong setia skuad Harimau Selatan mahu melihat kesebelasan utama yang bakal diturunkan pada aksi kedua ini akan mempamerkan corak permainan konsisten tatkala beraksi di pentas saingan kelab-kelab Asia berprestij dan tidak terlalu menghormati pasukan lawan.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh JDT Lwn Gyeongnam FC ACL 2019

Berikut merupakan keputusan semasa dan terkini perlawanan terakhir kumpulan E saingan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan (lwn) Gyeongnam FC yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS GYEONGNAM FC 22.5.2019 ACL
Aksi terakhir kumpulan E saingan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) melibatkan pasukan JDT melawan Gyeongnam FC berlangsung pada hari Rabu bermula pada jam 7:00 malam mengikut waktu di Malaysia bertempat di Stadium Changwon Football Center, South Korea.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Gyeongnam FC Gyeongnam FC10JDT 1 JDT
Changwon Football Center Stadium
Penjaring GolPenjaring Gol
Penjaring Gol 65′ Luc CastaignosPenjaring Gol