Siaran langsung JDT vs Home United 11 Januari 2019 persahabatan

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melayan kunjungan kelab Singapura, Home United di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos untuk aksi perlawanan persahabatan pra-musim pertama bagi tahun ini pada 11 Januari 2019.

Perlawanan ini pastinya di tunggu-tunggu oleh seluruh peminat dan penyokong setia skuad Harimau Selatan (Johor Southern Tigers) kerana aksi ini bakal menampilkan pemain import baharu JDT selain melihat persiapan pasukan JDT untuk mengharungi saingan domestik yang kian mencabar tahun demi tahun.

Berdasarkan tarikh-tarikh penting sepanjang Januari 2019, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyambut kehadiran tahun 2019 dengan pelbagai persiapan rapi serta jadual yang padat.

Beberapa perlawanan pra-musim telah diatur dan pelancaran jersi baharu JDT juga dijadualkan berlangsung pada bulan Januari 2019.

Selain perlawanan menentang Home United, JDT juga telah merancang 3 buah perlawanan persahabatan dengan bertemu Ratchaburi Mitrphol FC, Bangkok United FC dan PTT Rayong FC bermula 17 hingga 23 Januari 2019.

Bangkok United merupakan naib juara Liga Thai 1 dan PTT Rayong FC pula merupakan juara divisyen dua bola sepak Thailand musim 2018.

JDT semestinya akan menjadikan perlawanan pramusim ini untuk mempersiapkan sebuah skuad yang terbaik bagi mengharungi saingan Liga Juara-Juara AFC dan juga misi mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimiliki.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS HOME UNITED 11.1.2019 PERSAHABATAN PRAMUSIM
Aksi perlawanan persahabatan pra-musim melibatkan pasukan JDT melawan Home United berlangsung pada hari Jumaat bermula pada jam 9 malam bertempat di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan persahabatan pra-musim antara JDT lawan (lwn) Home United yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan Rumah Masa Penuh Pelawat
JDT 5 0  Home United
Stadium Larkin
Penjaring Gol Pre-season Penjaring Gol
 8′ Cabrera
13′ Aarón
45′ Hariss

51′ Hazwan
88′ Safawi
Close