Siaran langsung keputusan JDT vs Kashima Antlers 8 Mei 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 8 Mei 2019 jam 10:37 PM

acl result live jdt kashima antlers

Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) peringkat kumpulan kini telah memasuki saingan ke-5 sambil menyaksikan wakil Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) akan beraksi menentang pasukan kelab dari Jepun, Kashima Antlers dalam perlawanan kelima kumpulan E saingan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) yang telah dijadual berlangsung pada hari Rabu, 8 Mei 2019.

Pasukan Kashima Antlers adalah sebuah kelab profesional bola sepak Jepun yang bermain di Liga J. Jepun. Kashima Antlers telah membuktikan bahawa mereka adalah sebuah pasukan paling berjaya di Jepun apabila memenangi liga sebanyak enam kali, Piala Liga J. tiga kali, dan Piala Maharaja Jepun tiga kali.

Bagi aksi yang terkini ini, pasukan JDT perlu memanfaatkan peluang beraksi di hadapan penyokong setia skuad Harimau Selatan bagi mencipta kemenangan sekali gus dapat menebus kembali kekalahan 2-1 ditangan Kashima Antlers pada perlawanan pertama yang lalu.

Meskipun JDT berada di kedudukan ter­corot Kumpulan E dengan 1 mata, skuad Harimau Selatan masih mampu mencipta kejutan biarpun menempah laluan sukar untuk melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik dengan syarat memenangi 2 baki perlawanan ini sambil mengharapkan keputusan negatif pasukan yang berada di kedudukan pertama dan kedua kumpulan E.

Sekiranya JDT tidak dapat melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik, skuad Harimau Selatan sepatutnya berasa bangga selepas muncul satu-satunya pasukan di Malaysia yang layak secara merit ke pentas kelab-kelab Asia selepas muncul juara Liga Super musim lalu.

Apa pun seluruh peminat dan penyokong setia skuad Harimau Selatan mahu melihat kesebelasan utama yang bakal diturunkan pada aksi pertama ini akan mempamerkan corak permainan konsisten tatkala beraksi di pentas saingan kelab-kelab Asia berprestij dan tidak terlalu menghormati pasukan lawan.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh JDT Lwn Kashima Antlers ACL 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan kelima kumpulan E saingan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan (lwn) Kashima Antlers yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS KASHIMA ANTLERS 8.5.2019 ACL
Aksi kelima kumpulan E saingan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) melibatkan pasukan JDT melawan Kashima Antlers berlangsung pada hari Rabu bermula pada jam 8:45 malam bertempat di Stadium Tan Sri Dato HJ Hassan Yunos, Larkin.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
JDT jdt acl10kashima antlers Kashima Antlers
Stadium Tan Sri Dato HJ Hassan Yunos
Penjaring GolPenjaring Gol
Penjaring Gol 68′ Syafiq AhmadPenjaring Gol

 

INFO BERKAITAN
Buka Pautan Kedudukan Carta Terkini JDT ACL 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan