Siaran langsung keputusan JDT vs Kedah 26 Mei 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 26 Mei 2019 jam 11:58 PM

result live jdt kedah liga super

Aksi saingan Liga Super Malaysia 2019 kini telah memasuki perlawanan minggu ke-15 (LS15) yang juga melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kunjungan skuad Lang Merah, Kedah dalam perlawanan tumpuan yang telah dijadual berlangsung bagi kedua-dua pasukan pada hari Ahad, 26 Mei 2019.

Untuk aksi ini, pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pasti memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi meraih tiga mata berharga kerana dengan penambahan tiga mata berharga akan mengukuhkan lagi kedudukan mereka selaku pendahulu Liga Super 2019 setakat ini.

Namun, JDT tidak seharusnya memandang rendah terhadap keupayaan Kedah malah mereka perlu berwaspada dan tidak alpa dengan ancaman barisan serangan Kedah yang berupaya mencipta kejutan dalam usaha mereka mahu meraih tiga mata berharga di tempat lawan bagi memastikan mereka kekal berada di kelompok tiga teratas dalam carta Liga Super 2019.

Pada masa yang sama, pertemuan Liga Super membabitkan JDT dan Kedah pasti menjadi tumpuan serta dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Kedudukan pasukan dalam carta Liga Super 2019 setakat 14 perlawanan sebelum ini menyaksikan JDT selaku pendahulu liga dengan 36 mata manakala Kedah pula berada di kedudukan ke-3 bersama kutipan 22 mata.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh JDT lwn Kedah Liga Super 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-15 Liga Super Malaysia 2019 (LS15) membabitkan pasukan JDT lawan (lwn) Kedah yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS KEDAH 26.5.2019 LS15
Aksi minggu ke-15 saingan Liga Super Malaysia 2019 melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melawan Kedah berlangsung pada hari Ahad bermula pada jam 10:00 malam bertempat di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
JDT JDT 120Kedah FA Kedah
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos
Penjaring GolPenjaring Gol
Penjaring Gol 33′ Velezquez
Penjaring Gol 87′ Safawi Rasid
 Penjaring Gol

 

INFO BERKAITAN
Buka Pautan Kedudukan Carta Terkini Liga Super Malaysia 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan