Siaran langsung keputusan JDT vs Kuala Lumpur 8 Februari 2019 LS2

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melayan kunjungan Kuala Lumpur dalam aksi Liga Super bagi perlawanan kedua (LS2) yang telah dijadual buat kedua-dua pasukan pada hari Jumaat, 8 Februari 2019.

Mengenai perlawanan ini, JDT dijangka tidak menghadapi tugas berat untuk menewaskan Kuala Lumpur apatah lagi dengan kelebihan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong skuad Harimau Selatan.

Sebaliknya tugas getir buat Kuala Lumpur kerana mereka perlu berusaha dengan lebih gigih bagi mengekang jentera serangan JDT yang dibarisi oleh pemain berkualiti mencipta jaringan gol selain berusaha mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan ini.

Dalam pada itu, pertemuan Liga Super membabitkan JDT dan Kuala Lumpur sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit selain mahu melihat keberkesanan percaturan barisan pemain oleh jurulatih.

Kedudukan awal pasukan dalam carta Liga Super 2019 menyaksikan JDT berada di tempat ke-4 Liga selepas menewaskan Perak dengan jaringan tipis 1-0 manakala Kuala Lumpur pula di kedudukan ke-11 Liga apabila tewas 3-1 ditangan Pahang.

KEPUTUSAN SEMASA TERKINI DAN PENUH JDT VS KUALA LUMPUR LIGA SUPER 2019 (LS2)

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan kedua Liga Super Malaysia 2019 (LS2) membabitkan pasukan JDT lawan (lwn) Kuala Lumpur yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS KUALA LUMPUR 8.2.2019 LIGA SUPER (LS2)
Aksi Liga Super minggu kedua (LS 2) melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melawan Kuala Lumpur berlangsung pada hari Jumaat bermula pada jam 9 malam bertempat di Stadium Tan Sri Dato HJ Hassan Yunos, Larkin.
Tuan Rumah9:00PMPelawat
JDT .. K.Lumpur
Stadium Tan Sri Dato HJ Hassan Yunos
Penjaring GolPenjaring Gol
LIVE STREAMING JDT VS KUALA LUMPUR 8 FEBRUARI 2019 LIGA SUPER (LS2)
Aksi membabitkan JDT menentang Kuala Lumpur turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Football Malaysia (Iflix) seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan.
Sekiranya perlawanan ini dipancarkan secara siaran langsung atau live streaming di internet, LamanWeb Info (LWI) akan sertakan pautan atau video langsung dalam ruangan di bawah.
VIDEO LANGSUNG LIVE JDT VS KUALA LUMPUR LIGA SUPER 2019 (LS2)
INFO BERKAITAN
Kedudukan Carta Terkini Liga Super Malaysia 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan
Close