Siaran langsung keputusan JDT vs Melaka United 26 Jun 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 26 Jun 2019 jam 09:30 PM

result live melaka united jdt liga super

Pasukan Melaka United melayani kunjungan Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super bagi perlawanan minggu ke-18 (LS18) yang telah dijadual buat kedua-dua pasukan pada hari Rabu, 26 Jun 2019.

Mengenai perlawanan ini, Melaka United pasti akan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi menghadiahkan kemenangan kepada penyokong setia sekaligus dapat menambah tiga mata berharga dalam carta Liga Super 2019.

Bagaimanapun, Melaka United perlu berwaspada dengan ancaman jentera serangan JDT yang sememangnya mampu mencipta kejutan dalam usaha mereka untuk meraih kemenangan selepas berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super 2019 lebih awal.

Dalam pada itu, pertemuan Liga Super membabitkan JDT dan Melaka sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Kedudukan pasukan dalam carta Liga Super 2019 setakat 17 perlawanan sebelum ini menyaksikan Melaka United berada di tempat ke-6 dengan kutipan 26 mata manakala JDT pula selaku pendahulu liga.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh JDT Lwn Melaka United Liga Super 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-18 Liga Super Malaysia 2019 (LS18) membabitkan pasukan JDT lawan (lwn) Melaka United yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS MELAKA UNITED 26.6.2019 LIGA SUPER (LS18)
Aksi Liga Super minggu ke-18 (LS18) melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim melawan Melaka United berlangsung pada hari Rabu bermula pada jam 9 malam bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka.
Tuan RumahLive Result SemasaPelawat
Melaka Utd Melaka United02JDT 1 JDT
Stadium Hang Jebat
Penjaring GolPenjaring Gol
Penjaring GolNazmi Faiz 7′ Penjaring Gol
27′Penjaring Gol
LIVE STREAMING JDT VS MELAKA UNITED 26 JUN 2019 LIGA SUPER (LS18)
Aksi membabitkan JDT menentang Melaka United turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Football Malaysia (Iflix) seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan.
Sekiranya perlawanan ini dipancarkan secara siaran langsung atau live streaming di internet, LamanWeb Info (LWI) akan sertakan pautan atau video langsung dalam ruangan di bawah.
VIDEO LANGSUNG LIVE JDT VS MELAKA UNITED LIGA SUPER 2019
INFO BERKAITAN
Buka Pautan Kedudukan Carta Terkini Liga Super Malaysia Dan Jadual Lengkap Perlawanan