Siaran langsung JDT vs MIFA 16 September 2018 Piala Malaysia uPM6

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 13 Februari 2019 jam 05:40 AM

Aksi peringkat kumpulan Unifi Piala Malaysia 2018 kini berada di saingan terakhir dengan menyaksikan perlawanan ke-6 (uPM6) turut membabitkan pasukan MIFA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi perlawanan kumpulan C yang dijadual berlangsung pada hari Ahad, 16 September 2018.

Pertemuan saingan Piala Malaysia 2018 kumpulan C membabitkan MIFA dan JDT sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan terbaik dan sengit.

MIFA sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk meraih kemenangan sekaligus dapat merebut 3 mata berharga dalam saingan peringkat kumpulan C Piala Malaysia 2018.

Sementara itu, perlawanan ini diibaratkan misi ‘hidup mati’ buat pasukan MIFA mahupun JDT kerana kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018.

Berdasarkan kedudukan carta kumpulan C setakat lima perlawanan sebelum ini, MIFA selaku pendahulu dengan 8 mata namun berkongsi mata dengan pasukan Kedah di tangga kedua. manakala JDT pula dikedudukan ke-3 dengan 6 mata dan masih berpeluang ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018 sekiranya berjaya mencatatkan kemenangan keatas MIFA dalam perlawanan ini.

Pertembungan ini akan menjadi pentas kebangkitan oleh kedua-dua pasukan dan sudah tentu menjadi tumpuan kerana aksi sengit bakal ditampilkan oleh MIFA dan JDT.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS MIFA 16.9.2018 UNIFI PIALA MALAYSIA (uPM6)
Aksi Unifi Piala Malaysia 2018 saingan terakhir melibatkan pasukan MIFA melawan JDT berlangsung pada hari Ahad bermula pada jam 9:00 malam bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-6 kumpulan C Unifi Piala Malaysia 2018 (uPM6) di antara MIFA melawan (lwn) JDT yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
MIFA03JDT
Stadium Shah Alam, Selangor.
Penjaring GolKumpulan CPenjaring Gol
Cabrera 63′
Safawi Rasid 82′, 72′