Siaran langsung JDT vs Negeri Sembilan 23 Mei 2018

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 19 Disember 2018 jam 11:40 AM

Aksi Liga Super Malaysia saingan minggu kesebelas (LS11) menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Negeri Sembilan (N9) dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pada hari Rabu, 23 Mei 2018.

Pertemuan Liga Super membabitkan JDT dan Negeri Sembilan sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Kelebihan awal bagi aksi ini kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bermain di gelanggang sendiri sudah tentu akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada untuk meraih kemenangan sekaligus dapat menambah 3 mata berharga dalam carta Liga Super 2018.

Negeri Sembilan selaku pasukan pelawat, mereka pastinya tidak gentar untuk berdepan JDT yang beraksi di hadapan penyokong sendiri, namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada dengan barisan serangan Johor Darul Ta’zim yang mampu mencipta kejutan.

Kedudukan carta Liga Super 2018 setakat sepuluh perlawanan yang telah berlalu menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kekal selaku pendahulu liga dengan 25 mata hasil daripada lapan kemenangan dan satu seri.

Sementara pasukan Negeri Sembilan pula dengan kutipan 5 mata sekaligus meletakkan pasukan itu di tangga tercorot liga setakat sepuluh perlawanan.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS NEGERI SEMBILAN 23.5.2018 LIGA SUPER
Aksi Liga Super minggu ke-11 (LS11) melibatkan pasukan JDT melawan Negeri Sembilan berlangsung pada hari Rabu bermula pada jam 10:00 malam bertempat di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-11 Liga Super Malaysia 2018 (LS11) yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh membabitkan pasukan JDT lawan (lwn) Negeri Sembilan.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
JDT20N.Sembilan
Stadium Larkin
Penjaring GolPenjaring Gol
32′, 75′ Cabrera