Siaran langsung keputusan JDT vs Pahang 14 Mei 2019

result live pahang jdt liga super

Persaingan Liga Super Malaysia 2019 kini telah memasuki perlawanan minggu ke-13 (LS13) yang turut menyaksikan skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kunjungan pasukan Pahang dalam perlawanan tumpuan yang telah dijadual berlangsung bagi kedua-dua pasukan pada hari Selasa, 14 Mei 2019.

Pada aksi kali ini, pasukan JDT sudah tentu akan memanfaatkan kelebihan awal iaitu beraksi di laman sendiri bagi menghadiahkan kemenangan kepada penyokong setia sekaligus dapat meraih tiga mata penuh yang membolehkan mereka mengukuhkan lagi status serta kedudukan selaku pendahulu Liga Super.

Walau bagaimanapun, JDT tidak seharusnya memandang rendah terhadap keupayaan Pahang malah mereka perlu berwaspada dengan tindak balas barisan serangan Pahang yang sememangnya mampu mencipta kejutan dalam usaha mereka yang mahu meraih tiga mata berharga di tempat lawan bagi merapatkan jurang perbezaan mata di antara JDT.

Dalam perkembangan lain, pertemuan Liga Super membabitkan JDT dan Pahang sememangnya menjadi tumpuan serta dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Kedudukan pasukan dalam carta Liga Super 2019 setakat 12 perlawanan sebelum ini menyaksikan JDT telah menempatkan kedudukan mereka selaku pendahulu dengan pungutan 30 mata malah mengekalkan rekod tanpa kalah manakala Pahang menghuni kedudukan kedua bersama kutipan 25 mata.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh JDT lwn Pahang Liga Super 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-13 Liga Super Malaysia 2019 (LS13) membabitkan pasukan Pahang lawan (lwn) JDT yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS PAHANG 14.5.2019 LS13
Aksi minggu ke-13 saingan Liga Super Malaysia 2019 melibatkan pasukan JDT melawan Pahang berlangsung pada hari Selasa bermula pada jam 10:00 malam bertempat di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin
Tuan Rumah Masa Penuh Pelawat
JDT JDT 1 2 0 Pahang FA Pahang
Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos
Penjaring Gol Penjaring Gol
Penjaring Gol 69′ Hariss Harun
Penjaring Gol 90+3′ Akhyar Rashid
 
Close