Siaran langsung keputusan JDT vs PKNP FC 9 Mac 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 7 Mac 2019 jam 11:22 PM

Result Live JDT PKNP FC Liga Super

Aksi Liga Super Malaysia 2019 diteruskan serta berada di saingan minggu keenam sambil menyaksikan Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) melayani kunjungan pasukan Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak atau PKNP FC bagi perlawanan ke-6 (LS6) yang telah dijadual untuk kedua-dua pasukan pada hari Sabtu, 9 Mac 2019.

Untuk aksi ini, pasukan JDT sudah tentu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi menghadiahkan kemenangan kepada penyokong setia sekaligus dapat meraih tiga mata berharga yang akan mengukuhkan lagi kedudukan mereka selaku pendahulu Liga Super 2019 setakat ini.

Meskipun mempunyai kelebihan, JDT tidak seharusnya memandang rendah terhadap keupayaan PKNP FC malah mereka perlu berwaspada dengan ancaman barisan serangan PKNP FC yang mampu mencipta kejutan luar jangka dalam usaha mereka mahu meraih tiga mata pertama selepas mengharungi lima perlawanan sebelum ini tanpa sebarang kemenangan.

Dalam pada itu, pertemuan Liga Super membabitkan JDT dan PKNP FC sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Kedudukan pasukan dalam carta Liga Super 2019 setakat lima perlawanan sebelum ini menyaksikan JDT berjaya menempatkan kedudukan mereka di persada Liga dengan 13 mata manakala PKNP FC pula di kedudukan ke-2 tercorot Liga dengan kutipan satu mata.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh JDT Lwn PKNP FC Liga Super 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-6 Liga Super Malaysia 2019 (LS6) membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan (lwn) PKNP FC yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS PKNP FC 9.3.2019 LIGA SUPER (LS6)
Aksi Liga Super minggu keenam (LS6) melibatkan pasukan JDT melawan PKNP FC berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 9 malam bertempat di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.
Tuan Rumah9:00PMPelawat
JDT JDT 1..PKNP FC PKNP FC
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos
Penjaring GolPenjaring Gol
Penjaring Gol Penjaring Gol
LIVE STREAMING JDT VS PKNP FC 9 MARCH 2019 LIGA SUPER (LS6)
Aksi membabitkan JDT menentang PKNP FC turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Football Malaysia (Iflix) dan TV9 seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan.
Sekiranya perlawanan ini dikongsikan secara siaran langsung atau live streaming di internet, InfoDWeb (IDW) akan sertakan pautan atau video langsung dalam ruangan di bawah.
VIDEO LANGSUNG LIVE JDT VS PKNP LIGA SUPER 2019 (LS6)
INFO BERKAITAN
Buka Pautan Kedudukan Carta Terkini Liga Super Malaysia 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan