Siaran langsung keputusan JDT vs PKNS FC 17 Mei 2019

result live jdt pkns fc liga super

Persaingan Liga Super Malaysia 2019 kini telah memasuki perlawanan minggu ke-14 (LS14) yang turut memperlihatkan pasukan PKNS FC menerima kehadiran Skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan yang telah dijadual berlangsung bagi kedua-dua pasukan pada hari Jumaat, 17 Mei 2019.

Untuk aksi kali ini, pasukan PKNS FC sudah tentu akan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi menghadiahkan kemenangan kepada penyokong setia sekaligus dapat meraih tiga mata penuh yang secara positifnya akan memperbaiki kedudukan mereka dalam carta Liga Super 2019.

Walau bagaimanapun, PKNS FC perlu berwaspada dengan ancaman barisan serangan JDT yang berupaya mencipta kemenangan dalam usaha mereka mahu meraih tiga mata berharga di tempat lawan bagi mengukuhkan kedudukan pasukan mereka selaku pendahulu Liga Super 2019.

Dalam pada itu, pertemuan Liga Super membabitkan PKNS FC dan JDT pasti menjadi tumpuan serta dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit.

Kedudukan pasukan dalam carta Liga Super 2019 setakat 13 perlawanan sebelum ini menyaksikan PKNS FC telah meletakkan pasukan mereka di tangga ke 7 dengan pungutan 16 mata manakala JDT pula terus menjarakkan jurang mata dengan pencabar terdekat bersama kutipan 33 mata sekali gus menjadi pendahulu liga super 2019.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh JDT lwn PKNS FC Liga Super 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan ke-14 Liga Super Malaysia 2019 (LS14) membabitkan pasukan PKNS FC lawan (lwn) JDT yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS PKNS FC 17.5.2019 LS14
Aksi minggu ke-14 saingan Liga Super Malaysia 2019 melibatkan pasukan PKNS FC melawan JDT berlangsung pada hari Jumaat bermula pada jam 10:00 malam bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor.
Tuan Rumah Masa Penuh Pelawat
PKNS FC PKNS FC 1 2 JDT 1 JDT
 Stadium Shah Alam
Penjaring Gol Penjaring Gol
Penjaring Gol 31′ Romel Morales Safawi Rasid 17′ Penjaring Gol
 Diogo 60′ Penjaring Gol
Close