Siaran langsung keputusan JDT vs Ratchaburi Mitr Phol FC 17 Januari 2019 persahabatan

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bertandang ke Thailand dalam siri perlawanan pra-musim dengan menentang pasukan Ratchaburi Mitr Phol FC di Stadium KMITL Ladkrabang pada hari Khamis, 17 Januari 2019

Kelab bola sepak Liga Thailand masih menjadi pilihan buat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengadakan perlawanan persahabatan pramusim bagi tahun 2019.

Corak permainan, tahap bola sepak yang berkualiti dan jarak yang tidak terlalu jauh dengan Malaysia merupakan di antara faktor kelab bola sepak Thailand menjadi pilihan.

Selain itu, perlawanan pramusim juga menjadi medan buat barisan kejurulatihan menguji taktikal dan membentuk keserasian antara pemain serta mempersiapkan pasukan JDT untuk mengharungi saingan domestik yang kian mencabar tahun demi tahun.

Untuk makluman kepada penyokong dan peminat setia skuad Harimau Selatan (Johor Southern Tigers), JDT telah merancang 3 buah perlawanan persahabatan dengan bertemu Ratchaburi Mitrphol FC, Bangkok United FC dan PTT Rayong FC bermula 17 hingga 23 Januari 2019

Bangkok United merupakan naib juara Liga Thai 1 dan PTT Rayong FC pula merupakan juara divisyen dua bola sepak Thailand musim 2018.

JDT semestinya akan menjadikan perlawanan pramusim ini untuk mempersiapkan sebuah skuad yang terbaik bagi mengharungi saingan Liga Juara-Juara AFC dan juga misi mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimiliki.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS RATCHABURI MITRPHOL FC 17.1.2019 PERSAHABATAN PRAMUSIM
Aksi perlawanan persahabatan pra-musim melibatkan pasukan JDT melawan Ratchaburi Mitrphol FC berlangsung pada hari Khamis di Stadium KMITL Ladkrabang bermula jam 6 petang mengikut waktu di Malaysia.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan persahabatan pra-musim antara JDT lawan (lwn) Ratchaburi Mitrphol FC yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan Rumah Masa Penuh Pelawat
Ratchaburi  2 1 JDT
Stadium KMITL Ladkrabang
Penjaring Gol Pre-season Penjaring Gol
53′ Yossak
68′ Pathomchai
Hazwan 80′
Close