Siaran langsung keputusan JDT vs Selangor 26 Oktober 2019

result live jdt selangor piala malaysia 2019

Aksi saingan Piala Malaysia 2019 kini berada di peringkat separuh akhir sambil menyaksikan pasukan Selangor pula menerima kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi perlawanan separuh akhir kedua (timbal balik) yang telah dijadual berlangsung untuk kedua-dua pasukan pada hari Sabtu, 26 Oktober 2019.

Pada aksi ini, pasukan Selangor sudah tentu akan memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri serta turun dengan semangat perjuangan yang tinggi serta bermain bermati-matian kerana ini merupakan peluang terakhir mereka bagi membuktikan kepada penyokong setia Gergasi Merah bahawa mereka mampu melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2019.

Disebalik misi merealisasi misi ke perlawanan akhir, Selangor pada hakikatnya berdepan dengan tugas yang besar kerana mereka perlu mengatasi kelebihan yang dimiliki JDT yang bertandang ke Stadium Shah Alam dengan aggregate 2-1 selepas berjaya menewaskan Selangor di Stadium Larkin dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2019 tempoh hari.

Benar kata orang, dalam bola sepak seribu kemungkinan boleh berlaku, justeru itu tidak mustahil Selangor bakal membuatkan JDT berputih mata nanti. Apa-apapun sama-sama kita nantikan keputusan pada perlawanan separuh akhir ke-2 Piala Malaysia ini.

Pada masa yang sama, pertemuan Piala Malaysia 2019 peringkat separuh akhir kedua membabitkan Selangor dan JDT sememangnya amat dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat mempersembahkan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit selain berjaya merealisasikan misi ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2019.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh JDT Lwn Selangor Piala Malaysia 2019 Separuh Akhir 2

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2019 membabitkan pertemuan pasukan Selangor lawan (lwn) JDT yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS SELANGOR 26.10.2019 PIALA MALAYSIA SEPARUH AKHIR 2
Aksi separuh akhir 2 Piala Malaysia 2019  melibatkan pasukan Selangor melawan JDT berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 9 malam bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor.
Tuan Rumah Masa Penuh Pelawat
SelangorSelangor FA 0 3 JDT 1JDT
Stadium Shah Alam
Penjaring Gol Penjaring Gol
Safawi 52′ ,45′ ,25′ Penjaring Gol
Pasukan Aggregate  Pasukan
SelangorSelangor FA 1 5 JDT 1JDT
JDT 1 JDT mara ke final Piala Malaysia 2019
INFO BERKAITAN
Buka Pautan Keputusan Dan Kedudukan Carta Terkini Piala Malaysia 2019 Serta Jadual Lengkap Perlawanan
Close