Siaran langsung keputusan JDT vs Shandong Luneng FC 24 April 2019

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

result live jdt shandong luneng fc acl

Medan persaingan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) bagi kumpulan E kini telah memasuki perlawanan keempat sambil menyaksikan wakil Malaysia, Skuad Harimau Selatan Johor Darul Ta’zim (JDT) melayani kunjungan pasukan Chinese Super League iaitu Shandong Luneng FC (China) dalam perlawanan yang telah dijadual berlangsung buat kedua-dua pasukan pada hari Rabu, 24 April 2019.

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mempunyai pilihan lain, kecuali mencatatkan kemenangan dan meraih tiga mata berharga dalam perlawanan ini bagi mencerahkan laluan sebagai dua pasukan dalam kumpulan E ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Atas kertas, JDT masih lagi mempunyai peluang untuk layak ke pusingan 16 pasukan terbaik (pusingan kedua) dengan syarat perlu mencipta kemenangan dalam semua baki tiga perlawanan peringkat kumpulan ini.

Sepanjang mengharungi tiga perlawanan sebelum ini, JDT hanya mengutip satu mata apabila terikat dengan keputusan seri 1-1 menentang kelab Korea, Gyeongnam FC dan satu lagi perlawanan JDT tewas 2-1 ditangan Kashima Antlers serta yang terbaharu tewas 2-1 kepada Shandong Luneng FC di tempat lawan

Namun perlawanan ini adalah berlainan dari aksi sebelumnya, di mana JDT perlu kekal fokus supaya dapat bermain sebagai satu pasukan dan keluarga.

Berdasarkan kedudukan pasukan dalam kumpulan E saingan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL), JDT perlu mencipta kemenangan bagi mencerahkan peluang dan laluan untuk layak ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Apa pun seluruh peminat dan penyokong setia skuad Harimau Selatan mahu melihat kesebelasan utama yang bakal diturunkan pada aksi ketiga ini akan mempamerkan corak permainan konsisten tatkala beraksi di pentas saingan kelab-kelab Asia berprestij dan tidak terlalu menghormati pasukan lawan.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh JDT Lwn Shandong Luneng FC ACL 2019

Berikut merupakan keputusan semasa dan terkini perlawanan keempat kumpulan E saingan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan (lwn) Shandong Luneng FC yang dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS SHANDONG LUNENG FC 24.4.2019 ACL
Aksi keempat kumpulan E saingan Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) melibatkan pasukan JDT melawan Shandong Luneng FC berlangsung pada hari Rabu bermula pada jam 8:45 malam bertempat di Stadium Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunos, Larkin.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
JDT JDT 101shandong luneng fc Shandong Luneng
Stadium Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunos, Larkin
Penjaring GolPenjaring Gol
Graziano Pellè 22′ Penjaring Gol

 

INFO BERKAITAN
Buka Pautan Kedudukan Carta Terkini JDT ACL 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan
Close