Siaran langsung keputusan JDT vs Terengganu FC 15 Februari 2019

Info terkini telah dikemaskini pada tarikh 7 Mac 2019 jam 02:46 PM

Pasukan Terengganu FC melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super bagi perlawanan ketiga (LS3) yang telah dijadual buat kedua-dua pasukan pada hari Jumaat, 15 Februari 2019.

Mengenai perlawanan ini, Terengganu dijangka bakal menghadapi tugas berat untuk menewaskan JDT bagi memburu kemenangan pertama meskipun mempunyai kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Dalam pada itu, pertemuan Liga Super membabitkan Terengganu FC dan JDT sememangnya dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing yang mengharapkan kedua-dua pasukan dapat menyajikan aksi perlawanan yang terbaik dan sengit selain mahu melihat keberkesanan percaturan barisan pemain oleh jurulatih.

Kedudukan pasukan dalam carta Liga Super 2019 setakat dua perlawanan sebelum ini menyaksikan Terengganu berada di tempat ke-11 dan masih belum mencipta sebarang kemenangan manakala JDT pula di kedudukan ke-2 dengan enam mata.

Keputusan Semasa Terkini Dan Penuh JDT Lwn Terengganu FC Liga Super 2019

Berikut adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan kedua Liga Super Malaysia 2019 (LS3) membabitkan pasukan Terengganu FC lawan (lwn) JDT yang akan dikemaskini secara langsung hingga tamat aksi masa penuh.

KEPUTUSAN TERKINI JDT VS TERENGGANU FC 15.2.2019 LIGA SUPER (LS3)
Aksi Liga Super perlawanan ketiga (LS3) melibatkan pasukan Terengganu FC melawan JDT berlangsung pada hari Jumaat bermula pada jam 9 malam bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Terengganu22JDT
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Penjaring GolPenjaring Gol
 7′ Khairul Izuan
 89′ Kamal Azizi
Safawi Rasid 62′ 
Diogo Luís 68′ 
INFO BERKAITAN
 Kedudukan Carta Terkini Liga Super Malaysia 2019 Dan Jadual Lengkap Perlawanan