Keputusan juara piala AFF Suzuki 2020

This section contains some shortcodes that requries the Jannah Extinsions Plugin. Install it from the Theme Menu > Install Plugins.

Skuad Harimau Malaya meneruskan aksi saingan Piala AFF Suzuki 2018 dengan menentang pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir kedua yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 15 Disember 2018.

Pertembungan final kedua ini pasti menarik terutamanya selepas skuad Harimau Malaya berjaya mengikat keputusan seri 2-2 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu.

Meskipun tugas getir menanti Malaysia bagi final kedua Piala AFF namun seluruh rakyat Malaysia menaruh kepercayaan skuad Harimau Malaya mampu menjulang trofi kejohanan biarpun beraksi di tempat lawan.

Berdasarkan format jaringan di tempat lawan, keputusan seri 2-2 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, memerlukan Malaysia mencatat keputusan menang sekurang-kurangnya satu gol tanpa dibolosi dalam aksi final kedua ini.

Terdahulu, Vietnam menempah pertemuan dengan Malaysia di perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 apabila menewaskan Filipina menerusi agregat 4-2 di separuh akhir kedua.

Harimau Malaya pula melangkah ke pentas final Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 dengan penuh dramatik apabila bangkit sebanyak dua kali untuk meraih keputusan 2-2, sekali gus menyingkirkan juara bertahan, Thailand pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Kejayaan ini, menyaksikan Malaysia melangkah ke pentas final Piala AFF Suzuki buat kali keempat selepas 1996, 2010 dan 2014.

Final Piala AFF Suzuki 2018 membuka peluang buat skuad Harimau Malaya untuk menjulang kejuaraan kali kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menewaskan Indonesia 3-2.

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS VIETNAM 15.12.2018 FINAL PIALA AFF SUZUKI
Aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018 melibatkan pasukan Malaysia melawan Vietnam berlangsung pada hari Sabtu bermula pada jam 8:30 malam mengikut waktu di Malaysia bertempat di Stadium Nasional Mỹ Đình, Hanoi.
Paparan di bawah adalah keputusan semasa dan terkini perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia lawan (lwn) Vietnam yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
Vietnam10Malaysia
Mỹ Đình National Stadium
Penjaring GolFinal 2nd LegPenjaring Gol
7′ Nguyễn Anh Đức
Aggregate
Vietnam32Malaysia
JUARA PIALA AFF SUZUKI 2018
 Vietnam
Close